09 May 2020

ISTERI SEMAKIN MENDALAMI AGAMA - EIZLAN YUSOF GEMBIRA


Pelakon dan ahli perniagaan, Datuk Seri Eizlan Yusof yang mengahwini Datin Seri Natasha Rosa pada 12 Disember lalu ini meluahkan rasa gembira apabila isterinya itu semakin serasi menjalani rutin kehidupan sebagai muslim. Eizlan, 48, berkata, dia turut gembira kerana isterinya sudah tahu mengerjakan solat dengan baik.





"Selain itu, dia juga dah pandai menghafal beberapa doa dan zikir-zikir mudah. Seperkara lagi, dia rajin ambil tahu dan nak tahu mengenai islam dan saya pula kongsi ilmu setakat yang tahu. Insya-Allah selepas ini dia akan masuk kelas agama untuk mendalami ilmu lebih mendalam lagi," jelasnya.

Menurutnya, Ramadan dan Aidilfitri kali ini juga berbeza kerana sudah adacisteri bersama di sisi: "Tentunya saya gembira dapat menjalani puasa bersama isteri serta bakal meraikan Aidilfitri dengannya buat kali pertama. Tahun ini amat bermakna kerana selama beberapa tahun saya beraya seorang diri, tapi sekarang dapat raya berdua," ujarnya.

Eizlan berkata Natasha yang memeluk Islam pada Ogos tahun lalu, sudah pernah berpuasa sebelum ini dan ia bukan satu perkara baru buatnya: "Kami tinggal berdua dan walaupun Natasha tawarkan diri untuk memasak, saya tak benarkan kerana tak mahu membazir.

Klik untuk gambar besar


"Dia seorang yang rajin ke dapur untuk masak. Dia juga bangun sahur dan akan tunggu sehingga solat Subuh. Saya anggap ada rahmatnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana kami dapat berada di rumah untuk beribadat bersama-sama," tuturnya.

Terdahulu, Eizlan pernah berkahwin dengan Vie Shantie Khan pada 2007 dan mereka dikurniakan tiga anak sebelum bercerai pada Februari 2015. Apapun, Eizlan kini berdebar apabila telefilem pertama arahannya berjudul 'Tragedi Balik Kampung' akan menemui penonton menerusi slot Cerekarama TV3, jam 9 malam esok.

"Saya pernah diberi peluang oleh Nahar Akhbar Khan untuk mengarah drama UKKL pada 1999 tapi saya menolak kerana nak fokus berlakon. Pada 2012 saya dapat peluang mengarah drama berjudul 'Lima Bujang'. Seterusnya, saya dapat lagi beberapa tawaran tapi masih lagi nak utamakan lakonan. Kini saya diberi peluang mengarah telefilem komedi seram terbitan Enuja Production dan diharapkan penonton dapat menerima hasil kerja saya," katanya.










www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Eizlan Yusof


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: