14 May 2020

"MASIH MENYEPI? KAMI NAK KERJA... KAMI JUGA BAYAR CUKAI" - ARASH MOHD


Dek kerana pihak Kementerian Komunikasi & Multimedia dikatakan masih berdiam diri tentang situasi kerja untuk mereka dalam industri telah membuatkan ramai penggiat seni mengeluh. Beberapa akhbar tempatan juga sudah menyuarakan isi hati penggiat-penggiat seni ini yang mana memerlukan kerja untuk kesinambungan hidup.





Salah seorang pelakon yang bersuara adalah pelakon Arash Mohd yang masih ingin tahu jawapan dan tindakan daripada pihak kementerian untuk membantu penggiat seni yang masih terhenti dari meneruskan kerja mereka.

"Sampai sekarang masih menyepi? Apa tindakan menteri di Kementerian Komunikasi & Multimedia Malaysia? #kkmm #kkmmalaysia. Kami nak kerja. Kelonggaran PKPB dah diumumkan. Sektor kerajaan yang berurusan dengan ramai orang pun dah mula beroperasi. Jangan pinggirkan kami di sektor Bidang Kreatif! Bagitau kami apa SOP yang perlu kami patuhi. Kami akur!" tulis Arash pada satu entri di Instagram miliknya.

Tambah Arash di bahagian komen entri tersebut, dia bersuara bagi semua pihak yang terlibat dalam bidang seni yang perlu kembali bekerja untuk kesinambungan hidup: "Jangan lupa ye, kami juga sebahagian daripada yang membayar cukai kerajaan!" kata Arash atau nama sebenarnya Azman Shah Ramlee yang merupakan dramatis yang memulakan kerjaya sejak 1996 sehingga kini.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Arash Mohd


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: