31 May 2020

MUATNAIK FOTO BERSAMA - IKHLAS JALIL MENGAKU RAPAT, LAMA MINAT BAKAT ZULIN AZIZ


Pelakon Ikhlas Jalil telah menerima pelbagai komen daripada pengikut yang mahukan kepastian mengenai status hubungannya dengan Zulin Aziz, gara-gara memuat naik foto bersama di laman Instagram. Menjawab persoalan tersebut, Ikhlas berkata mereka tidak mempunyai sebarang hubungan istimewa dan menganggap Zulin sebagai rakan seperjuangan dalam industri.





"Sejujurnya, tak ada sebarang hubungan istimewa pun... kami kawan-kawan sahaja dan saya pun dah lama kenal dia cuma semakin rapat bermula Ramadan lalu. Saya memang dah lama minat dia, maksud saya minat bakat dia serta keunikan dia, saya dah anggap dia macam idola dalam industri seni ini...

Sehinggalah baru-baru ini kami berpeluang buat content video bersama. Untuk memasuki fasa baharu perhubungan itu saya rasa masih jauh... kalau betul bercinta, saya mesti mengaku, takkan nak sorok pula kan?" katanya.

Klik untuk gambar besar


Sebelum itu, menerusi Instagram, Ikhlas memuat naik beberapa keping foto bersama Zulin sehingga mengundang pelbagai spekulasi daripada peminat. Rata-ratanya mendoakan supaya mereka menjadi pasangan kekasih dan menamatkan zaman bujang secepat mungkin.

Menyedari komen yang ditinggalkan oleh pengikut itu, Ikhlas atau nama sebenarnya Hizatul Ikhlas Abdul Jalil, 28, berkata dia lebih selesa meletakkan soal jodoh sebagai ketentuan daripada Allah: "Soal jodoh saya memang serahkan pada Allah, kalau orang doakan benda baik, tak salah kita aminkan sahaja.

"Tapi buat masa ni jodoh itu masih belum jumpa, jadi sekarang ini saya follow the flow sahajalah! Kalau tanya bila nak kahwin, dari dulu lagi saya dah pasang impian itu tapi... itulah belum jumpa calon sesuai lagi," ujarnya.












www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Instagram Zulin Aziz & Ikhlas Jalil


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: