17 May 2020

MUATNAIK FOTO TEMUJANJI DOKTOR - PENGIKUT PUJI KEAYUAN WAJAH FAZURA


Menerusi satu entri yang dimuatnaik di laman Instagram, pelakon Nur Fazura ada berkongsi sekeping foto terbaharunya selepas mengumumkan berita kehamilannya pada 17 April lalu. Dengan kapsyen ringkas ditulis, 'Doctor's appointment' (Temujanji doktor), foto dimuatnaik pada Jumaat lalu itu mendapat lebih 334,000 tanda suka termasuk lebih 6,200 komen daripada pengikutnya.





Rata-rata komen ditulis warganet terdiri di kalangan selebriti dan peminat itu, mengucapkan tahniah kepada Fazura serta tak kurang juga yang memuji keayuan wajahnya sejak hamil. Ada juga komen warganet yang mula membuat tekaan jantina bayi dikandungnya kini berdasarkan raut wajah Fazura yang berseri-seri.

Pada pendedahan awal dibuat Fazura berkenaan kandungannya ketika berusia empat pada April lalu, dia menyifatkan sekarang masa paling tepat untuknya bersama suami, pelakon Fattah Amin menimang cahaya mata.

Klik untuk gambar besar


"Selepas melayari perkahwinan kami selama dua tahun, saya dan suami ingin berkongsi berita yang amat mengembirakan. InsyaAllah dengan izin Allah SWT kami bakal menimang cahaya mata yang pertama. Alhamdulillah, kami sentiasa yakin akan peraturan Allah dan sesungguhnya ini merupakan waktu yang paling tepat bagi kami dikurniakan zuriat yang amat membahagiakan ini," tulisnya.

Pelakon filem 'Gol & Gincu' itu turut bersyukur terhadap doa diberikan daripada semua pihak buatnya dan suami sepanjang mereka melayari kehidupan berumah tangga. Fazura dan Fattah bernikah pada 27 November 2017 dalam satu majlis tertutup dihadiri kekuarga dan kenalan rapat yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka ibu negara.


www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Nur Fazura


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: