17 May 2020

"PLEASE!!! JANGAN MAI UMAH SISTURR!" - RITA TAK BENAR TETAMU BERAYA DI RUMAHNYA


Ramai dalam kalangan kita terus mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan diri dari djangkiti wabak COVID-19 berikutan jumlah kes aktif wabak tersebut masih tidak susut. Turut mengambil inisiatif yang sama, pelakon Rita Rudaini tampil memaklumkan yang beliau tidak akan menerima sebarang kunjungan tetamu atau mana-mana individu ke kediamannya pada Hari Raya Aidilfitri nanti.





Rita menegaskan kenyataan itu di laman Instagramnya bersama peminat. Rita bagaimanapun berpesan supaya orang ramai tetap menyambut sambutan itu dengan berpakaian baharu meskipun hanya meraikan perayaan itu di rumah.

"Selamat Hari Raya... maaf tahun ni sisturr xbuat open house... Pls!!! Jgn mai umah sisturr!... walauponnnn di rumah, korang tetap kena bersiap sakan tau mcm sisturr ni haaa," tulis Rita.

Klik untuk gambar besar


Terdahulu, kerajaan telah mengumumkan Pesta Keamatan, Hari Gawai dan aktiviti ziarah sempena Aidilfitri pada tahun ini dihadkan kepada hari pertama perayaan sahaja. Malah, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, aktiviti ziarah juga dihadkan tidak melebihi 20 orang dan hanya membabitkan ahli keluarga terdekat sahaja.

Kerajaan baru-baru ini menyatakan bahawa perjalanan untuk balik kampung merentas sempadan negeri bagi tujuan berhari raya juga tidak dibenarkan sepanjang lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) sehingga 9 Jun.






www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara & Instagram Rita Rudaini


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: