04 May 2020

MUATNAIK MUKA DEPAN MAJALAH - AWAL & SCHA SAMBUT ANNIVERSRY KE-8


Hari ini iaitu 4 Mei merupakan ulangtahun perkahwinan pasangan Awal Ashaari dan Scha Alyahya yang ke-8. Menerusi satu entri di laman Instagram, Awal dan Scha masing-masing memuatnaik sekeping foto bersama sebagai penghias muka depan majalah untuk tatapan umum.





"Selamat ulang tahun Intrend Malaysia dan selamat ulang tahun Schawal juga esok. Ini muka depan majalah pertama kami selepas lima bulan berkahwin," tulis pasangan itu sebagai kapsyen.

Menerusi muka hadapan majalah Intrend edisi Oktober 2012 tersebut, Scha dan Awal mengenakan busana pengantin, tampil cantik dan segak di hadapan pelamin. Meninjau ke ruangan komen, ramai yang memuji kecantikan muka depan tersebut di samping wajah pasangan itu yang kekal awet muda.

Klik untuk gambar besar


"Muka korang langsung tak dimakan usia ya," puji seorang wargamaya. - "Cantiknya Scha! Tak mekap pun tetap cantik semulajadi. Bila dah mekap lagi la cantik luar biasa," kata seorang wargamaya. - "Selamat ulang tahun perkahwinan ke-8 pada pasangan kegemaran saya #schawal,” komen seorang wargamaya. - "Kurusnya Awal. Muka korang macam pelakon Filipina," usik seorang wargamaya lagi.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 4 Mei 2012 dan melangsungkan majlis resepsi penuh gemilang pada 6 Mei 2012 bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Lara Alana, 6, pada 22 Julai 2014.












www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Scha Alyahya & Awal Ashaari


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: