04 May 2020

PKP DALAM BULAN RAMADAN - HAFIZ TAK TERBEBAN JAGA ANAK ANGKAT, MALAH SERONOK


"Sebenarnya saya rasa tidak terlalu membebankan pun menjaga anak (anak angkat) dalam bulan Ramadan ini sebab keperluan bayi pun apa la sangat kan. Cuma kali ini, saya bersyukur dapat menghabiskan masa dengan Hamdee di musim PKP. Banyak waktu berkualiti saya dengan dia. Jadi, saya anggap ada hikmah PKP dalam Ramadan ini.





"Kita semua dapat melakukan perkara yang tidak dapat dilakukan sebelum ini," demikian kata penyanyi Hafiz Hamidun yang meluahkan rasa syukur apabila dapat meluangkan masa yang berkualiti bersama anak angkatnya, Hamdee Abdul Hafiz dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut Hafiz, meski pun tempoh perintah tersebut dilaksanakan dalam bulan Ramadan namun dia tidak berasa beban menjaga anak lelakinya itu. Penyanyi lagu 'Kasih Padamu' itu sebelum ini menimbulkan tanda tanya netizen apabila memuatnaik gambar bersama seorang bayi dengan kapsyen seolah-olah sudah bergelar bapa pada 10 Mac lalu.

Klik untuk gambar besar


Terdahulu sekitar Mac lalu, Hafiz menegaskan niatnya untuk bergelar bapa tiada terkait dengan dakwaan mahu menjual populariti anak angkatnya itu di laman sosial. Hafiz sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan kosmetik, Joy Revfa pada 1 Mei 2017 namun mereka bercerai pada 25 Oktober 2017.

Dalam pada itu, Hafiz mengakui tempoh PKP yang bermula sejak 18 Mac lalu memberi kesan kepada jadual aktiviti seni namun dia mengambil perkara itu secara positif: "Sudah tentu aktiviti seni terjejas sebab sepatutnya awal tahun banyak program dah dirancang terutama jemputan persembahan tapi sebab ada PKP, semua dibatal.

"Sekiranya PKP tamat pun selepas ini, mungkin tiada lagi persembahan secara umum. Tapi bagi saya, kita kena biasakan diri dengan perubahan itu. Mungkin selepas ini kita fikir cara lain seperti persembahan secara talian. Tapi saya rasa bab persembahan saja tapi kerja studio tidak terkesan sangat," ujarnya.










www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Hafiz Hamidun


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: