26 May 2020

NAZIM OTHMAN TERBUKA HATI UNTUK KAHWIN LAGI SELEPAS DUA TAHUN


"Di usia gangsa ni, tidak ada yang lebih baik yang dapat saya minta selain zaujah saya untuk didekatkan dengan saya. Selepas dua tahun, saya akhirnya membuka hati saya untuk berkahwin. Beberapa perkara dalam hidup dipelajari dengan cara yang paling sukar dan saya bertanggungjawab sepenuhnya atas kesalahan masa lalu saya dan menerima kebijaksanaan yang saya peroleh daripadanya.





"Saya tidak lagi muda, masa berjimba sudah berakhir. Saya berumur 36 tahun dan masa saya hampir habis. Selagi sihat walafiat dan berkemampuan, semoga dimakbulkanNya," tulis pelakon Nazim Othman yang mendedahkan dia sudah terbuka pintu hati untuk mendirikan rumah tangga buat kali kedua.

Nazim pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Bella Dally pada 10 September 2016 namun mahligai yang dibina selama dua tahun berakhir pada tahun 2018. Menurut Nazim, memandangkan usianya sudah memasuki 36 tahun jadi ini adalah masanya untuk menamatkan zaman duda.

Klik untuk gambar besar


Dalam pada itu, pelakon drama Monalisa ini turut memohon maaf secara terbuka sekiranya terdapat kesilapan yang dilakukan sama ada secara sengaja atau tidak: "Dah dua tahun single. Sampai kadang-kadang tertanya kat Allah, sangat besar kesilapan laluku sampai susah jodoh nak sampai? Selain mintak ampun dengan Dia, mungkin ada juga kesilapan saya sesama manusia.

"Jadi saya dengan rasa rendah diri, nak mohon maaf kepada semua orang yang pernah terasa hati dengan saya sebelum ini sama ada secara sengaja atau tidak disengajakan. Saya harap permohonan maaf terbuka ini diterima.

"Maaf juga kalau ada yang tak berkenan dengan posting ni. Sebilangan besar orang terlalu takut untuk menunjukkan sisi mereka yang lemah kepada orang lain kerana kemungkinan besar mereka melihatnya sebagai tanda kelemahan. Doakan saya. Terima kasih," katanya lagi.










www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Nazim Othman


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: