10 May 2020

NENEK MENINGGAL DUNIA - SYAMEL SEDIH HASRAT BAWA TUNAI UMRAH TAK KESAMPAIAN


"Sebenarnya sudah seminggu wan (nenek) dimasukkan ke Pusat Perubatan Hospital Malaya (PPUM)... tapi semalam seharian saya menemaninya di wad sehinggalah dia menghembuskan nafas terakhir. Rasa syukur apabila dapat bersamanya sepanjang hari, maklumlah sebelum ini kami tak boleh berjumpa kerana Perintah Kawalan Pergerakan dan keadaan kesihatan saya pula tak mengizinkan.





"Alhamdulillah nenek pergi dalam keadaan tenang dan terima kasih kepada semua yang mendoakan Allahyarham," demikian kata penyanyi Syamel yang reda dengan pemergian nenek tersayang, Remah Rahim, 76, yang meninggal dunia pada petang Sabtu.

Syamel, 27, bagaimanapun berkata hatinya tenang kerana dapat menemani nenek di saat-saat akhir sebelum wanita itu meninggal dunia. Sementara itu, Syamel berkata hasratnya untuk membawa nenek menunaikan umrah pada Februari lalu tidak kesampaian kerana keadaan kesihatan tidak mengizinkan:

Klik untuk gambar besar


"Sepatutnya kami pergi umrah bersama tempoh hari, ikutkan rancangan memang nak bawa nenek sekali tapi tak kesampaian kerana nenek kurang sihat. Tak ada rezeki kami nak buat umrah sama-sama, tak apalah mungkin ada hikmah atas apa berlaku ini. Nenek merupakan ibu kepada ayah saya dan hubungan kami memang rapat, dialah yang menjaga saya dan semestinya pemergian ini amat dirasai," ujarnya.

Allahyarham Remah meninggal dunia kerana sakit tua dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Alam Damai, Cheras pada pagi Ahad.






www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Syamel


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: