10 May 2020

"AKU JANJI MAK, AKU AKAN SELALU BUAT MAK BAHAGIA & 'BANGGA' DI ALAM SANA" - AERIL


Hari ini merupakan Hari Ibu dan setiap insan pasti merindui ibu masing-masing setiap ketika, apatah lagi untuk mereka yang sudah kehilangan ibu yang pergi mengadap Illahi. Walaupun perasaan itu wujud setiap masa, pastinya lebih mendalam apabila tiba Hari Ibu dan hampir semua orang menyatakan sesuatu buat ibu kesayangan.





Begitulah dengan pelakon Aeril Zafrel yang turut berkongsi sekeping gambar ibunya yang agak samar-samar menerusi laman Instagram miliknya: "Jika hari ini, mampu kudirikan emas permata dan zamrud ya'qud setinggi dirimu, sungguh tak kan pernah sama nilainya dengan cinta kasih, jasa bakti dan pengorbananmu. Rindu ini entah bagaimanalah... mahu diungkap.

"Tapi aku yakin mak, Tuhan sudah pun menjawab setiap doa dan harapan yang selalu mak panjatkan padaNya dulu. Meski semuanya itu tak dapat kukongsikan pada mak, namun aku percaya mak ada selalu menatap aku dari jauh," tulis Aeril penuh syahdu.

Klik untuk gambar besar


Tambah Aeril, dia kini bahagia dan penuh dengan rasa cinta bersama isteri dan cahaya mata sepertimana yang pernah diajar oleh ibu tentang makna kasih sayang pada ayah dulu: "Aku janji mak, aku kan selalu membuat mak bahagia dan 'bangga' di alam sana. Semoga Tuhan istiqomahkan aku di 'jalan keindahan' ini untuk menitip mahligai buat mak dan ayah di sana.

"Nanti bila tiba masanya anakmu 'pulang' bisa masuk ke mahligai itu pula. Mudah-mudahan ALLAH izinkan aku menjadi anak yang 'berkhidmat' padamu dari dunia hingga ke surga!" kata Aeril lagi yang berkahwin dengan pelakon Wawa Zainal pada tahun 2013 dan kini dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata.




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Aeril Zafrel


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: