10 May 2020

TIADA HASRAT KAHWIN LAGI - ZAITON MAHU FOKUS PADA PENJAGAAN KESIHATAN


Tiada istilah kesepian dalam diri penyanyi Zaiton Sameon biarpun sudah bertahun-tahun menjalani kehidupan berseorangan dan sebatang kara. Ia berikutan wanita cekal ini reda dengan takdir dan yakin Allah perancang terbaik. Baginya, kini waktu perbanyakkan amalan untuk bekalan diri.





Menurut penyanyi popular era 1980-an ini, dia juga tidak mahu terlalu mengingati kenangan lama. Baginya, cukup hanya ingat kepada arwah anak, Allahyarham Azirwan Abu Bakar dan ibu bapanya: "Alhamdulillah, saya gembira dan bahagia dengan kehidupan yang Allah beri sekarang ini. Saya tenang dan rezeki untuk teruskan hidup pun masih ada.

"Saya didampingi orang penuh kasih sayang dan kerjaya nyanyian juga masih diterima masyarakat. Malah, lagu 'Menaruh Harapan' dan 'Kabut Serangkai Mawar' terus mendapat permintaan. Hingga saya tidak fikir perlunya rakam lagu baharu kerana sedar bukan senang nak peroleh karya yang bagus. Jadi, saya bersyukur hanya bersandar dengan lagu lama saja," ujarnya.

Klik untuk gambar besar


Mengulas mengenai perkahwinan, Zaiton berkata dia sudah terlalu berusia untuk berfikir mengenai jodoh. Katanya, tiada langsung hasrat nak kahwin lagi: "Sekarang, saya cuma fokus pada penjagaan kesihatan.

"Maklumlah, bila sudah berusia pasti banyak yang perlu dijaga untuk menghindari sebarang penyakit. Allah sudah memberikan saya kesihatan yang baik dan perlulah menghargainya. Jadi, saya kini mengamalkan kehidupan sihat saja," katanya.

Mahir dalam memasak rendang, Zaiton juga berkata sejak beberapa tahun lalu, dia giat berniaga Rendang Dapur Zaiton Sameon hasil air tangannya. Katanya, sambutan diterima daripada pelangga sangat baik dan menggalakkan. Bahkan, katanya hasil jualan rendang itu juga menjadi sebahagian wang simpanannya untuk kegunaan kecemasan kini.




www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Zaiton Sameon


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: