30 May 2020

NOORKHIRIAH JADIKAN MPV MILIKNYA SEBAGAI VAN JENAZAH, PERKHIDMATAN PERCUMA


Menerusi muatnaik di laman Instagram, pelakon Noorkhiriah berhasrat menjadikan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) miliknya sebagai van jenazah. Menurut pelakon drama 'Nur' itu, kenderaan yang akan diubah suai itu diharap akan dapat digunakan dan turut mengalu-alukan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan dan menawarkan perkhidmatan secara percuma.





"Alhamdulilah lepaskan kerana Allah. Akak sayang, maka akak jadikan kenderaan belakang ini van jenazah. Bagi yang memerlukan dialu-alukan. Perkhidmatan percuma van jenazah @nurbykhiriah. InshaAllah dah siap sepenuhnya nanti akak beritahu. Terima kasih pada yang menyumbang," kongsinya menerusi satu entri di Instagram.

Menurut Noorkhiriah lagi, tindakan yang dibuat itu merupakan salah satu usaha yang mampu dilakukan sebagai bekalan di akhirat kelak: "Akak tak kaya tetapi sebelum meninggal akak nak tinggalkan sesuatu buat semua. Setakat cerita kat tv tu jangan cerita, jangan kira dosa pahala orang lain.. semoga kita terus istiqamah dalam perjuangan diri sendiri," katanya.

Perkongsian tersebut kemudian mengundang pelbagai respons positif dalam kalangan pengikutnya: "Alhamdulillah, jangka masa panjang saham akhirat akak. - "Mulianya hatimu kak. Semoga dimudahkan segala urusan. - "Masya-Allah! Moga mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah," tulis sebahagian pengikut.

Klik untuk gambar besar







www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya, Astro Gempak & Instagram Noorkhiriah


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: