30 May 2020

ALMY NAFI ULAS MAKANAN PUNCA, AKAN TERUSKAN: "ADA KATA TAK RETI BAGI BADAN REHAT..."


Pelakon Datuk Fizz Fairuz sebelum ini telah berkongsi berita sedih dimana isterinya, pelakon Datin Almy Nadia menjalani pembedahan selepas terdapat darah beku pada rahim dan terpaksa menggugurkan kandungan yang ketika itu baru mencecah usia empat bulan. Ia berikutan pendarahan rahim yang dialami Almy yang sekali gus dinasihatkan doktor untuk menggugurkan kandungan tersebut demi menyelamatkan nyawa.





Malah, Almy turut berkongsi lanjut mengenai perkara itu menerusi IG TV di laman Instagram. Serentak dengan perkongsian tersebut, peminat turut menzahirkan rasa sedih dan mendoakan agar Almy segera sembuh. Malah, rakan selebriti termasuk bintang media sosial dari Seberang, Mimi Peri turut bersimpati dengan nasib yang menimpa pelakon berkenaan.

"Semoga cepat sembuh buat Datin Almy Nadia, isteri Datuk Fizz Fairuz. Datin Almy mengalami keguguran, semoga Allah melindungi, diberikan kesihatan dan boleh hamil lagi. Buat kalian, para followers mohon doanya supaya Datin Almy Nadia cepat sembuh. Aku mohon kalian semua mendoakan ya. Terima kasih," ucapnya dalam satu klip video.

Video yang turut dikongsikan kembali oleh Fizz di Instagram miliknya juga turut mendapat reaksi dari Almy. Sementara Fizz turut mengucapkan terima kasih selain menyifatkan Mimi peri sebagai sahabat dunia akhirat.

Klik untuk gambar besar


Pada masa sama, rata-ratanya netizen turut terharu dengan ucapan yang disampaikan instafamous terbabit. Terdahulu, hubungan di antara Mimi Peri dan pasangan selebriti itu terlihat akrab apabila mereka saling melakukan sesi 'IG Live' bersama hingga menjadi sensasi di internet.

Sementara itu, Almy yang sudah dua kali mengalami keguguran dalam tempoh beberapa bulan itu telah dicadangkan oleh segelintir netizen agar dia berhenti melakukan ulasan produk makanan di laman sosialnya.

Bagaimanapun, Almy, 34, menafikan perkara itu menjadi punca dia keguguran dan akan meneruskan aktiviti itu selepas kembali sihat. Katanya, suami dan anak-anaknya akan mengambil alih tugas tersebut buat ketika ini. Almy turut menganggap apa yang dilakukan itu merupakan satu tanggungjawab dan punca rezeki untuk keluarganya.

"Kalau saya tak buat, suami saya yang akan ambil alih sebab itu amanah Allah dan juga rezeki untuk anak-anak saya. Mungkin ada jenis makanan yang saya tak boleh cuba, tapi suami dan anak-anak saya boleh buat. Saya pun tak ada masalah untuk buat ulasan itu makanan," ujarnya.



Pada Khamis, Almy menjalani pembedahan mencuci rahim selepas mengalami keguguran kandungan yang baru berusia enam minggu. Pelakon itu mengalami pendarahan rahim sesak 22 Mei lalu akibat luka pada kantung.

"Kami dah cuba selamatkan kandungan ini, saya jaga pemakanan sejak awal dapat tahu saya hamil. Doktor juga nasihat jangan buat kerja berat atau angkat anak. Tapi ada luka di kantung bayi yang menyebabkan pendarahan, luka itu semakin lama semakin besar dan pendarahan yang banyak tapi saya tak sakit pun," ujarnya.

Pada masa sama, Almy berkata, dia tidak berasa sedih atau terkilan walaupun baru kehilangan anak kelima selepas mengalami keguguran kerana percaya akan ada rezeki yang lebih baik untuk dia dan keluarga. Kata Almy, dia terima ketentuan Allah di samping menjadi wanita yang kuat demi suami dan anak-anak.

"Mungkin ini bukan rezeki saya. Saya percaya akan ada rezeki yang lebih baik untuk saya lepas ni. Saya tak sedih sebab saya muda lagi boleh mengandung lagi, saya cuma sedia belum dapat jumpa anak-anak lagi daripada semalam. Saya dimasukkan ke hospital disebabkan keguguran anak yang kelima.



"Usia kandungan saya ketika itu sudah memasuki enam minggu. Saya tak menangis langsung. Saya kuat disebabkan anak-anak dan suami. Alhamdulillah saya terima takdir ini. Saya tak rasa 'down' sebab sentiasa positif. Percaturan Allah ini sangat baik dan cantik. Mungkin lepas ini Allah akan gantikan saya dengan lebih baik. Saya sentiasa berdoa," jelasnya.

Tambah Almy atau nama sebenarnya Almy Nadia Aminuddin Shah akui ada segelintir yang akan bercakap belakang mengenai keguguran ini: "Saya tahu ramai akan cakap dekat saya sebelum ini baru gugur, kemudian gugur lagi. Ada yang akan kata tak reti ke bagi badan rehat dulu sebab pernah gugur bulan dua haritu? Anak ini rezeki Allah. Kita hanya mampu usaha.

"Saya bersyukur saya masih hidup. Saya muda lagi masih boleh mengandung. Saya suka bersalin tapi tak suka alahan. Suami pulak suka anak-anak yang ramai. Saya tak suka dibelenggu dengan negatif. Saya bersyukur dapat suami yang sentiasa menyokong dan tak pernah putus bagi semangat. Diri saya sentiasa positif saja," katanya lagi.

Terdahulu, pada bulan Februari lalu, bayi keempat yang dikandung Almy difahamkan telah meninggal dunia ketika masih dalam kandungan. Fizz dan Almy mendirikan rumah tangga pada 2014 dan dikurniakan tiga cahaya mata perempuan, Nur Afrina Arianna, 5, Nurr Afrina Aurora, 4, Nur Afrina Ayra, 2 dan seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah, 11.






www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan, mStar, Astro Gempak, Fizz Fairuz & Almy Nadia


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: