01 May 2020

PELAKON LAGENDA BOBBY MENINGGAL DUNIA AKIBAT KANSER


Pelakon yang dahulunya digemari dan digilai ramai kerana kekacakannya melalui filem Bobby, Rishi Kapoor, 67, disahkan meninggal dunia akibat kanser.

Berita ini menambah kesedihan industri hiburan Bollywood apabila kelmarin Irrfan Khan pergi meninggalkan peminatnya buat selama-lamanya.





Menerusi laporan India Today, Rishi meninggal dunia di hospital Mumbai, India selepas tahap kesihatannya semakin merosot.

Rishi dipercayai pulang semula ke India selepas menjalani rawatan kanser di Amerika Syarikat selama setahun. Sebelum ini,

Rishi seorang yang sangat aktif di akaun Twitternya. Bahkan, beliau dijangka kembali ke set penggambaran filem terbaharu bersama Deepika Padukone. Namun siapa sangka, beliau kini telah tiada, demikian lapor Khaleej Times.

Klik untuk gambar besar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: