01 May 2020
ISU CINCIN LAMBANG PERIBADI SULTAN JOHOR - WAK DOYOK DIPANGGIL POLIS
Personaliti fesyen dan pelakon, Wak Doyok telah dipanggil polis bagi memberi keterangan berhubung isu membeli dan menggunakan cincin yang mempunyai lambang peribadi Sultan Johor. Wak Doyok atau nama sebenarnya, Mohd Azwan Md Nor, 41, hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Iskandar Puteri di Johor Bahru kira-kira pukul 11 pagi Khamis.
Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, Wak Doyok disiasat mengikut Seksyen 3(1)(c) Enakmen Lambang, Gelaran dan Anugerah (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Johor 2017: "Wak Doyok disiasat mengikut Seksyen 3(1)(c) Enakmen Lambang, Gelaran dan Anugerah (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Johor 2017.
"Kes ini sebenarnya sudah lama. Dia membeli cincin pada 2018 melalui online (dalam talian) dari sebuah syarikat di Indonesia. Namun, satu laporan polis sudah dibuat Selasa lalu oleh kerajaan Johor kes ini disiasat mengikut Seksyen 3(1)(c) Enakmen Lambang, Gelaran dan Anugerah (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Johor 2017.
Klik untuk gambar besar
"Kertas siasatan akan disiapkan sebelum ia diberi pada Timbalan Pendakwa Raya bagi tindakan susulan," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, semalam.
Kelmarin, Wak Doyok dilaporkan memohon maaf kepada keluarga Diraja Johor selepas ditegur Tunku Temenggong Johor, Tunku Idris Iskandar Sultan Ibrahim apabila dia menempah sebentuk cincin menggunakan ukiran lambang peribadi Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.
Wak Doyok membuat permohonan maaf di akaun Instagram selepas turut diminta memberi penjelasan oleh Tunku Idris di akaun Instagram baginda. Mengulas lanjut, Ayob Khan berkata, Wak Doyok berdepan hukuman denda tidak kurang daripada RM250,000 atau tidak lebih RM500,000 atau penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih lima tahun, jika sabit kesalahan.
"Memang menjadi kesalahan di Johor, di bawah enakmen ini kerana tidak ada mana-mana individu boleh menggunakan, menempah, menghasilkan, menyalahgunakan lambang dan anugerah yang dikurniakan oleh Sultan Johor kecuali selepas mendapat kebenaran bertulis daripada Sultan Johor. Saya bagi amaran jangan sewenang-senangnya menggunakan memakai membuat menyalahgunakan lambang ini kerana itu satu kesalahan.
Johor mula menguatkuasakan undang-undang terhadap Enakmen Lambang, Gelaran dan Anugerah (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) Johor 2017 sejak Julai tahun yang sama. Enakmen itu memperuntukkan undang-undang ketat terhadap individu yang menyalahgunakan lambang, gelaran dan anugerah atau replika untuk tujuan perdagangan, pekerjaan atau persendirian.
Jika sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang RM250,000 dan tidak melebihi RM500,000 atau penjara tidak kurang setahun dan tidak melebihi lima tahun.
www.myartis.com / Sumber: mStar & Berita Harian
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment