26 May 2020

RALAT TAK DAPAT PULANG SINGAPURA - AARON AZIZ BERSYUKUR IBU BAPA SIHAT DI SANA


"Raya bersama anak dan isteri saja tahun ni, sedih tu memang sedih tapi timbul rasa syukur apabila keluarga di Singapura berada dalam keadaan baik. Namun idea asalnya memang nak pulang beraya di Singapura, namun apabila difikirkan kembali tempoh kuarantin selama dua minggu yang dikenakan pemerintah di sana... terus saya lupakan hasrat tersebut," tutur pelakon Datuk Aaron Aziz.





Aaron, 44, berkata Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) wajar dipatuhi semua pihak bagi membendung wabak Covid-19 daripada menular biarpun terpaksa beraya tanpa keluarga.

Aaron turut juga menjelaskan meskipun tidak dapat pulang ke Singapura namun dia bersyukur kerana kedua-dua ibu bapa dan mertuanya berada dalam keadaan baik biarpun negara seberang tambak itu mencatat bacaan kes yang tinggi.

Klik untuk gambar besar



www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Aaron Aziz


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: