26 May 2020
SERONOK DUDUK RUMAH SEPANJANG PKPB - NAD ZAINAL AKUI BELAJAR SKIL BARU
Sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kini Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), pelakon Nad Zainal memberitahu yang dia telah mempelajari skil baru ketika berada di rumah. Kongsinya, di samping belajar memasak menu baharu dan menghias, Nad akui keadaan di rumahnya kini lebih teratur.
"Bila duduk di rumah ni saya dapat belajar skil baru yang saya tak pernah belajar sebelum ini. Saya belajar masak menu baru, deko rumah... saya juga masih buat bisnes dalam talian. Saya rasa keadaan rumah lebih teratur bila selalu ada di rumah. Sayalah cikgu, sayalah tukang cuci rumah, sayalah tukang masak... semua benda saya buat," ujar Nad.
Nad akui anaknya Fahad Ibrahim Muhammad Faliq gembira kerana dapat meluangkan masa bersama Nad dan suami: "Sememangnya duduk rumah lebih memenatkan. Bila anak buat semak, sayalah yang kemas. Tapi dia lebih gembira bila kami ada di rumah," katanya.
Berkongsi pengalaman menyambut Aidilfitri pada tahun ini, Nad bersyukur masih dapat peluang beraya bersama keluarga terutama ibu bapanya yang tinggal tidak jauh darinya: "Nasib baik ibu bapa saya dan ibu bapa mentua memang tinggal di sekitar Kuala Lumpur, jadi mudah untuk kami beraya bersama mereka. Keluarga kami pun memang kecil, memang tak ramai jadi tiada masalah untuk kami beraya bersama," jelasnya.
Klik untuk gambar besar
www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Nad Zainal
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment