03 May 2020

SAYA TAK LUPA, HUTANG SOLAT PUN SAYA INGAT - OGY


Gara-gara pelakon Khir Rahman menerusi akaun Twitternya meluahkan pandangan terhadap isu kegagalan produksi Ogy Ventures & Network melunaskan baki bayaran pelakon teater Korupsi Dewan Semandung, termasuk salah seorang pelakon yang dikenali sebagai Che Mat membuat laporan polis, akhirnya Fauziah Ahmad Daud (Ogy) tampil membalas.





Tulisnya di laman Instagram, dia menyedari akan tanggungjawab yang diambilnya dan akan segera melunaskan pembayaran tersebut kepada barisan pelakon teater itu. Malah, dia mengakui masih mencari jalan bagi menyelesaikan isu ini dan tidak akan melupai.

"Saya sebagai usahawan disini yang bertanggungjawab atas apa jua yang berlaku. Nak lari ke mana saya ni? Masih terus berusaha mencari solusi. Saya sentiasa yakin Allah akan tolong. Kepada mereka yang fikir nenek ni lupa tak… Saya tak lupa hutang saya pada sesama manusia. Hutang solat saya pada Allah pun saya ingat," kongsinya.

Klik untuk gambar besar




         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: