23 May 2020

SELEPAS 'SURVEY', TENGKU JIHAN UCAP ULANG TAHUN KE-15 - CIK B TRENDING DI TWITTER


Baru-baru ini, nama anak usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida iaitu Cik B telah menjadi trending di laman Twitter selepas 'survey' menunjukkan ramai tak ingat hari lahirnya. Cik B yang dilahirkan pada tahun 2005 itu berkongsi satu video di laman Instagram dimana dirinya bertanya kepada beberapa individu terdekat termasuk ibu dan adiknya mengenai tarikh hari jadinya iaitu 19 Mei. Namun kesemua mereka menjawab ia merupakan hari Selasa dan kelihatan tiada sesiapa yang mengingati hari ulang tahun kelahirannya itu.





Bukan itu sahaja, apa yang lebih mencuri tumpuan apabila anakanda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah iaitu Tengku Puteri Jihan Azizah Athiyatullah turut menyampaikan ucapan selamat hari lahir buat Cik B menerusi satu hantaran tweet pada awal pagi Selasa.

"Nampaknya tiada siapa ingat. Tapi tak apa Cik B pun tak ingat birthday diaorang," tulis Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin pada penghujung video itu diakhiri video dia sedang disirami air dalam bilik mandi.

Klik ntuk gambar besar


Video berdurasi 1.13 minit itu sehingga kini menerima lebih 150,000 tontonan. Walau baru memasuki usia 15 tahun, C B dihujani dengan ucapan tahniah dan kata-kata sokongan menerusi media sosial. Selain ucapan, ada juga individu yang meminta Cik B agar jangan bersedih. Malah, ada yang cuba menyedapkan hatinya dengan berkata ibu, adik serta insan-insan tersebut sengaja buat-buat lupa tarikh itu kerana mahu memberi kejutan untuknya.

Terdahulu, nama Cik B pernah tular di media sosial apabila beliau bertindak menyerahkan wang berjumlah RM100,000 kepada ibunya bagi menyelesaikan kes hutang Vida dengan penyanyi Aisyah. Apa-apapun, selamat hari lahir kami ucapkan buat Cik B. Semoga menjadi insan yang berjaya ya.














www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara, mStar & Instagram Cik B


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: