23 May 2020

BILA WANY HASRITA DIHARGAI RAJA ARAB SAUDI DAN TERIMA NASKAH AL-QURAN


"Alhamdulillah, terima kasih Raja Salman," kongsi Wany Hasrita yang menerima naskah Al-Quran hasil sumbangan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud baru-baru ini.

Untuk makluman, Al-Quran tersebut meliputi pelbagai terjemahan bahasa termasuk Bahasa Melayu. Sebanyak 20,000 naskhah Al-Quran itu juga akan diagihkan pada tahun ini ke seluruh Malaysia sebagai penghargaan pada rakyat Malaysia.





Malah menurut Pertubuhan Ilmuan Malaysia (iLMU), pengerusinya Dato Ahmad Tajuddin Idris yang mengaturkan pertemuan Wany dan ibunya bersama Atase Agama Kedutaan Arab Saudi, Syaikh Abdul Rahman Ibrahim Al-Rubai’an.

Ia adalah kesinambungan daripada jemputan haji yang diterima penyanyi itu dari kerajaan Arab Saudi pada tahun lalu.

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: