23 May 2020

ALAHAI... AZWAN ALI TAK MENGAKU ADA KAKAK YANG SAKIT COVID-19


"Bila masa Diva AA yang gah ni ada kakak? Eeee jijik. Diva AA dah lama hidup sebatang kara. Eloklah bangsa* macam kau kena COVID-19. Bersedia jelah dengan alam kubur.

"KO PEDAJAL DIVA AA ! MEMALAM RAYA SYAWAL 1441H? KARMA ! KO TERSADAI KAT KATIL HOSPITAL? CONPOMMM COVID 19! PUN KO TAK INSAF INSAF LAGI ? BILA MASA AKU ADA TALIAN DARAH DGN KO ?" tulis Azwan Ali dipetik melalui Twitternya.





Semuanya gara-gara Norlia, 62, iaitu kakak sulungnya dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilaporkan dijangkiti COVID-19, demikian lapor Malaysia Gazette.

Mungkin berang disebabkan namanya disebut dalam artikel tersebut, Azwan yang lebih dikenali sebagai Diva AA, telah menghamburkan makian mengenai perkara itu meskipun berita sedih itu dimaklumkan sendiri oleh adiknya, Umi Hafilda Ali, menerusi akaun Facebooknya semalam.

Difahamkan, kakak sulung mereka itu kini telah ditempatkan di Hospital Sungai Buloh bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Untuk makluman, Azwan mempunyai lima orang adik-beradik iaitu Mohamed Azmin Ali, Ummi Hafilda, Intan Dawini Ali dan Norlia Ali.

Klik untuk gambar besar






         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: