22 May 2020

"TAK BAGI SHOOTING, BISING TAK ADA KERJA... BERSYUKUR ADA PELUANG" - FENDY BAKRY


Pelakon Fendy Bakry jika diberi pilihan, memilih untuk tidak menjalani penggambaran namun dia terpaksa akur kerana perlu menyelesaikan tugasannya yang sudah dilakukan separuh jalan. Bagaimanapun dia perlu bersyukur kerana kebenaran itu juga dapat meringankan beban orang yang berkeluarga biarpun bimbang berkemungkinan gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan.





"Ikutkan, aku pun tak nak shooting sebab fikir diri dan orang lain juga. Pergi shooting sana sini, balik jumpa orang lain. Seelok-eloknya boleh elak, kita elak. Bukan terus menerus ke arah bahaya. Tapi disebabkan shooting aku dah separuh jalan, aku kena habiskan juga. Mungkin dengan shooting dapat ringankan beban tenaga kerja bagi orang yang berkeluarga.

"Bersyukur la sebab dapat shooting balik walau kena ikut SOP yang aku rasa tak mungkin boleh ikut... tapi tak apa kita cuba lakukan sebab kita buat dia, bukan dia buat kita," tulisnya di Instagram pada Jumaat.

Pada Rabu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah memaklumkan permohonan untuk meneruskan aktiviti seni diluluskan semasa mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN). Namun keputusan itu mengundang pelbagai reaksi termasuk pelakon Nabila Huda yang bimbang dengan risiko terutamanya berkaitan penjarakan sosial jika ada babak yang melibatkan orang ramai walaupun penggambaran dilakukan mengikut SOP.

Klik untuk gambar besar


Dalam pada itu, Fendy juga menegur sikap segelintir golongan anak seni yang masih merungut selepas mendapat kebenaran untuk menjalani penggambaran. Kata Fendy biarpun kebenaran itu mungkin membawa risiko kepada jangkitan Covid-19 namun penggiat seni sepatutnya perlu berasa bersyukur kerana masih diberi peluang untuk bekerja dalam situasi krisis wabak tersebut.

"Apabila orang tak bagi shooting, bising tak ada kerja padahal Allah dah beri rezeki kat sekeliling kita. Cari dan ambil rezeki itu. Nak tunggu datang bergolek sampai ke bila? Sekarang ini apabila orang dah bagi buat penggambaran, mengeluh pula kenapa bagi syarat macam itu.

"Kalau ikutkan tak kan ada orang nak ber kebenarani penggambaran ini sebab ia melibatkan travel dan kawasan setempat. Perlu masuk ke kawasan baru dan setiap kawasan kita tak tahu mara bahaya yang akan datang. Bersyukur sebab kita masih ada peluang untuk bekerja. Yang merungut tak dapat bantuan, tak dapat kerja dah pun boleh bekerja, ada sumber pendapatan," katanya.




www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Fendy Bakry


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: