03 May 2020

SUAMI LUFYA: "CUKUP-CUKUPLAH... ORANG MUNGKIN SUDAH MUAK & LETIH..."


Sebelum ini, penyanyi dan pelakon Lufya Omar telah mendakwa suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum sudah hampir setahun tidak menjenguk anak mereka iaitu Laana Haura. Terkini, Dr Che Hafiz tampil mempertahankan dirinya.





Dr Che Hafiz berkata Lufya boleh saja menghubunginya atau menyelesaikan masalah mereka menggunakan saluran yang betul tanpa perlu menghebahkan perkara itu pada umum sehingga boleh menimbulkan prasangka buruk terhadapnya.

Bagaimanpun, Dr Che Hafiz memberitahu dia enggan mengulas lebih lanjut mengenai dakwaan tersebut kerana isu tersebut peribadi untuk dikongsikan dalam keadaan negara berhadapan dengan krisis penularan wabak Covid-19.

"Saya terkejut juga bila baca kenyataannya itu. Sepatutnya dia boleh saja hubungi saya untuk selesaikan masalah antara kami. Tak perlu ungkit kisah lama yang boleh timbulkan prasangka buruk terhadap saya.

Klik untuk gambar besar


"Dia boleh menggunakan saluran yang betul untuk selesaikan perkara itu tapi kenapa perlu begini? Sebenarnya saya tak nak ulas lebih lanjut perkara ini sebab ia melibatkan kehidupan peribadi yang tidak perlu orang luar masuk campur.

"Lagipun, dalam keadaan negara tengah berhadapan dengan masalah yang lagi besar iaitu wabak Covid-19 ini lagi. Lebih baik, kita semua tumpukan bagaimana nak memerangi wabak tersebut," kata Dr Che Hafiz kepada mStar.

Dr Che Hafiz diminta mengulas mengenai kenyataan Lufya atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar yang mendakwa suaminya tidak langsung bertanya khabar anak sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hingga masuk Ramadan.



Lufya turut menafikan dakwaan dia tidak memberi kebenaran kepada Dr Che Hafiz bertemu dan meluangkan masa bersama anak mereka. Dalam pada itu, Dr Che Hafiz turut berharap Lufya berhenti mengeluarkan kenyataan tidak benar di bulan Ramadan yang sepatutnya perlu memperbaiki diri.

"Cukup-cukuplah keluarkan kenyataan tidak benar, orang mungkin sudah muak dan letih dengan isu ini. Lagipun, kita dalam bulan Ramadan sepatutnya kena perbaiki diri dan perbanyakan amal ibadah," ujarnya.

Lufya dan Dr Che Hafiz mendirikan rumah tangga pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang cahaya perempuan, Laana yang kini berusia dua tahun. Pergolakan rumah tangga pasangan itu bermula pada Oktober 2018 dan kini kes permohonan cerai mereka masih tergantung.


www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Instagram Lufya Omar & Dr Che Hafiz


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: