03 May 2020
VICHA: "KALAU TAK LARI KENAPA BLOCK KAMI..." - KHIR: SAYA TELAH KENA BLOCKED..."
Isu bayaran pelakon teater 'Korupsi Dewan Semandung', termasuk pengarahnya Khir Rahman nampaknya dilihat semakin hangat. Isu kegagalan pihak produksi Ogy Ventures & Network melunaskan baki bayaran kepada pemain teater termasuk pengarahnya terbongkar apabila salah seorang pelakonnya iaitu Che Mat Raja Lawak membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Tun Hussein Onn Cheras, pada Jumaat.
Kemudian isu tersebut diangkat oleh Khir sendiri yang berasakan perkara tersebut harus diselesaikan oleh penerbit dan pelakon Fauziah Datuk Ahmad Daud atau Ogy. Namun baru-baru ini, pelawak berasal dari Indonesia, Vicha terkilan dengan tindakan Ogy yang menyekat mereka (pelakon) di laman sosial Instagram (IG).
Vicha berkata, jika benar pelakon senior itu tidak lari daripada ‘masalah’ seperti yang diucapkan beliau menerusi sosial media, mengapa dia perlu menyekat kesemua barisan pelakon teater Korupsi Dewan Semandung di IG.
"Bukan saya sahaja yang terkilan, tetapi semua dalam produksi ini terkejut dengan tindakan Kak Ogy. Adakah ini sikap profesional seorang pelakon senior? Menyekat kami daripada akaun IG itu tidak lari dari tanggungjawab? Ya, memang benar beliau masih ada dalam group WhatsApp, tetapi macam tak ada.
Klik untuk gambar besar
"Beliau hanya mendiamkan diri dan tidak memberi respon apabila kru bertanya tentang isu bayaran. Kalau dia faham mereka (tenaga produksi teater) perlu perbelanjaan untuk Aidilfitri kenapa buat macam ini...? "Ini bulan Ramadan, tak baik aniaya orang lain... Kami semua ada 'mulut' untuk disuap," luah Vicha.
Dalam pada itu, Vicha turut memuatnaik mengenai Ogy yang menyekat para pelakon di IGnya dengan menyiar semula luahan daripada Man Raja Lawak yang mengambil alih tempat Allahyarham Abam Bocey turut berkongsi bahawa dia juga disekat oleh Ogy di Instagram: "Nape ek #kakogyahmaddaud block semua pelakon-pelakon, kru-kru, musician yang terlibat dalam teater korupsidewansemandung?
"Kalau dia di pihak yang benar.. siapa yang jadi mangsa ni? Kami ke dia? Kelakar pun ada gak pasal 2 bulan berdolak dalik... Kitaorang sabar dan beri peluang, akhirnya ini yang kami dapat? Baki 10k baik saya bagi kat mereka yg betul-betul tengah susah dari bagi kat akak yang MENYUSAHKAN semua orang #hilangrespekaku!," katanya.
Malah, perkara yang sama juga dikongsi oleh Khir di Twitter miliknya: "Setelah tidak menjawab panggilan saya, tidak menjawab di WhatsApp, baik personal mahupun berkumpulan, Ini adalah post terakhir Kak Ogy yang boleh saya lihat dan komen di Instagramnya. Kini saya telah kena blocked. Malah komen-konmen juga deleted. Ya begitulah tajuknya, yang dia tidak lari," tulis Khir Rahman.
Khir juga turut meminta maaf kepada pengguna Twitter kerana menurutnya sacara peribadi dia tidak gemar denagn apa yang terjadi, tetapi dia bersuara kerana ini bukan pertama kali soal pembayaran teater tidak dilunaskan.
Tinjauan di Instagram milik Ogy juga mendapat dia sudah membuang entri tentang pergelutan mengenai teater 'Korupsi Dewan Semandung' itu daripada Instagramnya. Teater arahan Khir Rahman itu dibintangi oleh antaranya Joey Daud, Vicha, Mark Adam, Tauke Jambu, Chiwan, Man Raja Lawak, Tapai dan Sharif Zero.
Untuk rekod, teater arahan Khir Rahman yang dipentaskan di Istana Budaya pada 28 Februari hingga 1 Mac lalu itu dibintangi Joey Daud, Vicha, Mark Adam, Tauke Jambu, Chiwan, Tapai dan Sharif Zero.
www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment