"Alhamdulillah tahun ini diberi rezeki dan kepercayaan sama Allah. Di bulan Ramadan tahun ini Tegar ditemani isteri. Alhamdulillah... Allah memberi kepercayaan untuk Tegar menjadi seorang ayah," kata penyanyi remaja Indonesia, Tegar Septian yang mengumumkan dia bakal bergelar bapa tidak lama lagi, setelah hampir dua bulan mendirikan rumah tangga dengan Sarah Sheika.

Tegar berkata dia gembira apabila mengetahui mengenai kehamilan isteri itu dan berasakan Ramadan tahun ini cukup bermakna buat mereka sekeluarga. Penyanyi lagu 'Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang' ini memaklumkan mengenai kehamilan isteri itu menerusi Instagram miliknya.
Bersama kapsyen tersebut dia turut berkongsi foto alat ujian kehamilan. Sementara itu, ruangan komen dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada pengikut yang turut teruja dengan khabar gembira itu. Menjawab salah satu komen peminat, Tegar berkata dia mengimpikan untuk memiliki anak sulung lelaki: "Nak lelaki," jawab Tegar.
Klik untuk gambar besar

Untuk makluman, Tegar yang baru berusia 19 tahun mendirikan rumah tangga dengan Sarah Sheilka di sebuah lokasi di Jakarta, Indonesia pada 20 Mac lalu. Tegar mula mencipta nama pada usia 11 tahun bermula daripada menjadi penyanyi jalanan.
Remaja itu kemudian berjaya mengubah nasib keluarganya yang hidup dalam keadaan kurang berkemampuan. Namun, kehidupannya kembali miskin selepas dilaporkan menjadi mangsa penipuan pihak tertentu.




www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Instagram Tegar Septian & Sarah Sheilka
________________________

No comments:
Post a Comment