07 May 2020

TAWARAN BERLAKON FILEM TAMIL - ZULIN ENGGAN ULAS, TAKUT KENA 'SCAM'


Selebriti serba boleh, Zulin Aziz terkejut apabila tawaran berlakon filem Tamil walaupun sering berkongsi video parodi filem Bollywood. Zulin berkata, dia menjelaskan dia berkongsi berita itu di laman sosial bukan bertujuan untuk menghebohkan sebaliknya berasa lucu dan tidak percaya.





"Nombor tu pun nombor dari India, mereka hubungi pihak pengurusan saya untuk minta emel tapi belum ada apa-apa perancangan lagi. Tujuan saya share screenshot itu di Instagram bukan untuk hebohkan pada orang yang saya dapat tawaran dari pihak produksi India. Saya cuma nak kongsi perasaan geli hati bila saya selalu buat parody filem-filem Bollywood, tiba-tiba dapat tawaran untuk membintangi filem Kollywood," jelas Zulin.

Bagaimanapun, Zulin tidak mahu mengulas lebih lanjut kerana dia belum pasti tentang kesahihan tawaran serta kewujudan pihak produksi itu: "Tapi, saya juga tak mahu komen lebih-lebih kerana saya sendiri belum tahu kesahihan tawaran atau kewujudan pihak produksi itu sendiri. Saya tidak berniat untuk membangga diri dan tak mahu orang salah faham kerana jika tawaran itu tak sahih, saya hanya akan memalukan diri sendiri," katanya.

Klik untuk gambar besar


Di samping itu, Zulin tidak menafikan tawaran itu bagus untuk kariernya dalam bidang hiburan dan percaya industri Kollywood boleh membawanya lebih dekat dengan penonton berbangsa India: "Tapi, saya tak nafikan tawaran itu bagus untuk portfolio saya sebagai seorang anak seni.

"Ada kelebihan untuk saya jika saya terlibat dengan industri Kollywood kerana filem-filem Tamil lebih dekat dengan penonton berbangsa India di Malaysia. Jadi, dari situ saya percaya bakat saya dapat didedahkan lagi kepada penonton berbangsa India di Malaysia," ujar pengacara popular itu.

Video-video parodi Bollywood Zulin Aziz sering tular dan salah satunya pernah mendapat perhatian pelakon terkenal Bollywood, Arjun Rampal.








www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Zulin Aziz


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: