07 May 2020

PU SYED TEGUR ZARINA MUATNAIK KEMESRAAN BERSAMA KEKASIH: "TAKUTLAH KEPADA ALLAH"


Menerusi satu muatnaik entri di laman Instagram, Syed Bakri Al-Yahya atau lebih dikenali sebagai PU Syed telah membuat teguran secara terbuka kepada Zarina Anjoulie atau lebih mesra dengan panggilan Anju. Dalam satu entri di Instagram miliknya, Syed menegur perlakuan Anju dan kekasihnya yang dengan sengaja memuat naik video-video mesra untuk tatapan umum.





"Salam ramadhan buat pelakon bernama Anu dan kekasihnya. Video-video kemesraan kalian berdua, berkali-kali dengan sengaja dimuatnaik ke media sosial kalian sekaligus menjadi tatapan followers kalian.

"Ambe nak tanya, semua itu atas tujuan apa ye? Adakah semata-mata untuk menunjukkan kemesraan atau nak tunjukkan kalian berani sekali melanggar batas yang dilarang dalam agama dari melepasinya?" tanya Syed.

Klik untuk gambar besar


Pesan Syed supaya Anju takut kepada Allah atas apa yang ditunjukkan kepada peminat-peminat kerana tiada hak yang lebih besar dari hak Allah yang patut umat Islam patuhi. Syed juga meminta Anju untuk membantu Islam dan umatnya, khususnya pengikut-pengikut Anju agar takut kepada Allah.

"Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas. Di antara keduanya terdapat perkara-perkara yang syubhat (samar-samar mengenai halal haram) yang tidak diketahui oleh ramai orang. Maka sesiapa yang takut terhadap syubhah bermakna dia telah menyelamatkan agama dan kehormatannya.

"Dan sesiapa yang terjerumus ke dalam perkara syubhah, maka akan terjerumus dalam perkara yang diharamkan. ..." (Riwayat Bukhari dan Muslim)," kongsi Syed lagi yang juga berharap agar teguran yang diberikannya itu sampai kepada Anju dan pasangannya.


www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram PU Syed & Zarina Anjoulie


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: