26 May 2020

TAK DAPAT BERAYA DI MALAYSIA AKIBAT SEKATAN - SASHA BERSYUKUR ANAK DIJAGA IBU


"Namun, awal Ramadan lalu, kami menerima e-mel daripada syarikat penerbangan yang memaklumkan pembatalan penerbangan. Perkara itu sudah dijangka dengan wabak yang melanda dunia. Sehingga hari ini, pintu sempadan ditutup dan lapangan terbang tidak beroperasi.





"Hakikat ini cukup pedih untuk ditelan, namun saya reda," demikian tutur Sasha Saidin yang tidak dapat pulang beraya di Malaysia akibat sekatan perjalanan, namun bersyukur anak yang ditinggalkan, dijaga baik ibu.

Berkelana mengikut suami, Sirhan Wahab, bertugas di Emiriah Arab Bersatu (UAE), usaha Sasha mengatur persekolahan Adam Aryasenna Notosoemarsono di negara berkenaan, terbantut akibat penularan COVID-19.

Sehubungan itu, Arya yang ditinggalkan di Malaysia bersama ibu, tidak dapat dibawa ke negara berkenaan. Sasha yang bermastautin di UAE sejak awal tahun ini memberitahu, dia bercadang menunaikan ibadat puasa di Malaysia.

Klik untuk gambar besar


Sasha bersyukur Arya dijaga baik ibu sepanjang pemergiannya: "Allah sebaik-baik perancang kerana ibu dan anak saya saling berteman. Saya di sini, ditemani suami," katanya.

Sasha berkata, ibunya juga tidak mahu dia pulang dalam keadaan tidak menentu sekarang: "Atas faktor kesihatan dan keselamatan, semua ini perlu difikirkan. Ibu tidak mahu kami bertemu dalam keadaan sekarang apatah lagi membuat kunjungan raya," ujarnya.

Pada 20 Januari lalu, selepas lapan tahun bergelar ibu tunggal, Sasha, 43, bernikah dengan Sirhan, 42. Selepas majlis perkahwinannya, Sasha berangkat ke UAE mengikut suami yang bertugas di sana. Pada 2007, Sasha menikahi warga Indonesia, Salyo Priyanto tetapi bercerai pada 2012. Hasil perkahwinan dengan Salyo, mereka dikurniakan Arya yang kini berusia 10 tahun.




www.myartis.com / Sumber & foto: Berita Harian & Instagram Sasha Saidin


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: