13 May 2020

"TAK PERNAH LAGI BUKA SYARIKAT..." - NORLIA GHANI TERKEJUT TIDAK LAYAK TERIMA BAKI BPN


"Pada awalnya saya layak dan sudah pun terima pembayaran awal BPN pada April lalu dan sepatutnya akan terima baki selebihnya seperti orang lain. Tapi tiba-tiba bila saya periksa, tak layak pula. Jadi, saya dan anak pergi la LHDN untuk bertanyakan perkara itu dan terkejut bila diberitahu yang saya tak layak sebab ada syarikat.





"Pihak LHDN cakap mungkin ada orang guna nama atau saya ada tanda tangan untuk mana-mana syarikat. Setahu saya memang tak pernah lagi saya buka syarikat atau mungkin saya sendiri yang bersikap cuai atau tak sedar beri tanda tangan pada kenalan.

"Benda itu saya tak perasan pula dan tak ingat," kata pelakon veteran Norlia Ghani yang terkejut apabila diberitahu tidak layak untuk mendapat bayaran baki Bantuan Prihatin Nasional (BPN) sedangkan pembayaran fasa pertama sudah diterima pada awal April lalu dan dia bertambah musykil apabila pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) memberitahu namanya berdaftar pada sebuah syarikat.

BPN adalah inisiatif untuk membantu rakyat seperti yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat bernilai RM250 bilion. Dalam pengumuman berkenaan jumlah keseluruhan pembayaran BPN membabitkan RM9.24 bilion akan dibayar dalam dua fasa.

Klik untuk gambar besar


Kerajaan telah membuat pembayaran fasa pertama BPN secara berperingkat pada 4 hingga 15 April manakala fasa kedua akan diagihkan pada bermula Mei. Dalam pada itu, Norlia atau nama penuhnya Norlia Ghani Abdul Hamid, 72, berkata, dia tidak terlalu meletakkan harapan untuk mendapatkan bantuan tersebut memamdangkan ramai yang mengalami nasib yang sama sepertinya.

Namun Norlia berharap wabak Covid-19 berakhir dengan segera supaya dia dapat bekerja seperti biasa: "Sebenarnya masa saya di LHDN, saya ada jumpa ramai orang yang turut berkongsi nasib yang sama seperti saya apabila mereka dikatakan tidak layak sebab mempunyai syarikat sedangkan tidak pernah ada pun.

"Tapi saya pasrah sekiranya tidak dapat bantuan tersebut. Cuma, saya berasa hairan tiba-tiba saya tak layak, sebab itu saya pergi check di LHDN. Sebenarnya apa yang saya harapkan Covid-19 cepat berakhir. Bila wabak ini berakhir, saya dapat kerja semula walaupun tak ada la banyak penggambaran. Tapi sekurang-kurangnya saya dapat mencari rezeki sendiri," ujarnya.


www.myartis.com / Sumber: mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: