15 May 2020

"TERIMA KASIH SUAMI, HARI-HARI BERCAKAP DENGAN BABY & URUT KAKI YANG SEMAKIN SAKIT" - FASHA


Pelakon Fasha Sandha yang kini sedang menantikan detik kelahiran cahaya ketiga dan yang pertama menerusi perkahwinan bersama pelakon Aidil Aziz, itu menerusi laman Instagram miliknya telah bercerita mengenai si suami kini setiap hari 'bercakap' dengan bayi yang bakal lahir dan sering urut kakinya.





"Mencuba sedaya upaya untuk menerima ketidaksempurnaan masing2, Insyaallah... Terima kasih Suami, hari2 bercakap dengan baby dan urut kaki yang semakin sakit," tulis bintang filem 'Anak Halal' ini.

Serentak dengan perkongsian tersebut, rata-rata peminat mendoakan agar urusan bersalin kelak dipermudahkan buat Fasha. Terdahulu, pasangan selebriti ini diijabkabulkan pada 30 Mac 2019. Ia adalah perkahwinan kedua bagi Fasha. Menerusi perkahwinan pertamanya, Fasha dikurniakan dua permata hati iaitu Putra Rayfal Ramli dan Putri Raysha Jemyma.

Sebelum ini, perkongsian Fasha terhadap institusi perkahwinannya mendapat perhatian ramai. Jelasnya menerusi satu entri Instagram buat tatapan umum beberapa hari lalu, dia dan suami saling berusaha untuk menerima kelebihan serta kekurangan masing-masing.

Klik untuk gambar besar











www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan, Instagram Fasha Sandha & Aidil Aziz


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: