13 June 2020

100 WANITA PALING CANTIK 2020 - JULIANA EVANS TEWASKAN EMMA STONE, TAYLOR SWIFT


"Alhamdulillah, ada yang sudi mengundi saya dan mesti mereka adalah orang-orang Malaysia. Jadi, saya ambil peluang ini untuk mengucapkan terima kasih kepada yang sudi mengundi.

"Saya orang yang percayakan kecantikan semulajadi. Jadi, bila ada orang yang menghargai, saya tumpang rasa gembira.

"Apabila usia meningkat, saya tak terlepas daripada berdepan garisan dan kedutan serta masalah kulit yang lain. Namun, itu tak menjadi masalah buat saya," ujar Che Puan Juliana Evans yang berjaya menduduki tempat ke 72 keseluruhan senarai '100 Wanita Paling Cantik 2020', sekali gus mengatasi artis antarabangsa lain seperti Emma Stone di tempat ke 75 dan Taylor Swift di tempat ke 76.





Tempat pertama telah berjaya digondol oleh pelakon terkenal dari Korea, Son Ye Jin berdasarkan tinjauan yang dibuat laman Starmometer menerusi platform di laman sosial dan dalam talian.

Untuk makluman, selain nama-nama bintang popular antarabangsa turut tersenarai ialah Priyanka Chopra, Selena Gomez, Emma Watson, Gal Gadot, Ursula Corbero, Camila Cabello, Dua Lipa, Lily Collins, Zendaya, Kylie Jenner dan ramai lagi.

Tahniah buat Juliana!

Klik untuk gambar besar





Sumber: Starmometer

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: