13 June 2020

KENANGAN LALU - AZHARINA PAKAI BEG PRADA KE SEKOLAH, BELI BELAH SECARA EKSKLUSIF


Siapa yang tidak teringat dengan kisah silam?

Begitu juga dengan Azharina yang masih teringat saat bapanya yang pernah mengarahkan sebuah pusat membeli belah menutup operasi kepada orang ramai selama satu jam semata-mata untuk memberi laluan kepadanya membeli-belah.





"Sewaktu sekolah menengah, ibu berikan saya beg Prada sebagai beg sekolah. Kami adik beradik sangat bertuah kerana dimanjakan kedua orang tua. Saya masih ingat sewaktu di sekolah rendah pula, bapa meminta sebuah pusat membeli belah di Miri, Sarawak untuk menutup operasi selama satu jam khas untuk saya dan adik shopping.

"Kami diberi kebebasan untuk mengambil apa sahaja barangan di dalamnya. Itulah memori indah yang diciptakan bapa untuk kami," ujarnya dipetik sebagai berkata pada MH.

Wahhh... untungnya!

Klik untuk gambar besar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: