13 June 2020

POE, PENYANYI LAGU 'ALALALA TOK JANGAN SAMAN' KEMBALI KE RAHMATULLAH


Siapa tidak kenal dengan Poe, iaitu seorang kartunis dan pernah popular dengan lagu Alalala Tok (Saman) pada awal 1990 an.

Semalam, Poe atau nama sebenarnya Mohd Fauzi Ahmad, 64, disahkan meninggal dunia akibat komplikasi jantung, buah pinggang dan hati ketika dirawat di Hospital Selayang.





"Takziah diucapkan kepada ahli keluarga Mohd Fauzi Ahmad atau lebih mesra dikenali sebagai Poe yang meninggal dunia di Hospital Selayang pada tengah hari tadi (semalam).

"Almarhum, 64, yang merupakan penyanyi lagu rasmi Team Nismilan ‘Hobin Jang Hobin’ meninggal dunia akibat komplikasi penyakit jantung, buah pinggang dan hati yang dihidapi sejak beberapa tahun lalu.

"Semoga ahli keluarga Poe tabah dalam menempuhi dugaan ini, dan semoga roh Almarhum ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman," demikian ucapan takziah dari rakan taulan serta Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Datuk Seri Aminuddin Harun.

Klik untuk gambar besar




         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: