15 June 2020

ALAMI KEGUGURAN - HASRAT NADYA SYAHERA & SUAMI TIMANG ANAK KEMBAR TIDAK KESAMPAIAN


"Bukan rezeki kita kali ni yg @nadyasyahera.. walaupun dalam hati dah lama nk anak kembar. Doakan wife sy sihat ya. #kegugurankandungan #babytwins," demikianlah tulis suami kepada pelakon Nadya Syahera, Fizul Nawi yang meluahkan rasa sedih apabila hasrat menimang cahaya mata kembar tidak kesampaian apabila isterinya itu mengalami keguguran.





Berita sedih itu dikongsikan sendiri Fizul menerusi laman Instagram miliknya dengan memuatnaik foto imbasan bayi mereka. Entri tersebut bagaimana pun mendapat perhatian pengikutnya yang mendoakan agar Nadya terus kuat hadapi dugaan berkenaan

Fizul an Nadya berkahwin pada 25 September 2015, ini adalah perkahwinan kedua buat Fizul selepas gagal mempertahankan rumah tangga pertamanya. Hasil perkongsian hidup selama empat tahun, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aleena Rose, 2, dan Mohamad Dayyan, 1.

Klik untuk gambar besar











www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara, Astro Gempak, Instagram Fizul Nawi & Nadya Syahera


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: