02 June 2020

ALIFF AZIZ DAH BERUBAH, INSAF - KINI KERJA DI PUSAT KOMUNITI ISLAM


"Saya akui kesilapan dan terlalu ikut perasan marah. Saya tahu ramai yang mempertikaikan kenapa kongsi segala masalah dalam laman sosial, kemudiannya seperti menjilat semula.

"Saya juga hanya manusia biasa dan berdarah muda. Saya panas hati dan kongsi amarah terpendam. Bagaimanapun, apa yang berlaku mematangkan diri. Saya banyak belajar daripada kesilapan yang dilakukan.

"Kini, saya akan berfikir panjang sebelum berkongsi soal peribadi di laman sosial. Cuma, apabila rujuk dan hamil semula saya perlu berkongsi kerana bimbang mengundang fitnah," ujar Bella Astilla mengenai isu rujuknya dengan Aliff Aziz ketika dalam tempoh edah tanpa diketahui oleh ramai pihak.





Tambahnya, dia memberi peluang pada Aliff kerana dia juga manusia biasa dan Aliff kini bekerja di sebuah pusat komuniti Islam di Singapura.

"Saya mahu memberikan masa kepada suami, sebelum mengeluarkan kenyataan secara terbuka. Dengan apa yang dilaluinya sebelum ini, Aliff memerlukan masa untuk menyelesaikannya.

"Kini, Aliff sudah lebih tiga bulan bekerja di sebuah pusat komuniti Islam, Jamiyah di Singapura. Sebagai isteri, saya gembira dia mahu berubah menjadi lebih baik. Aliff terbabit dengan kerja amal mengagihkan bahan mentah kepada mereka yang memerlukan," jelasnya dipetik sebagai berkata.

Klik untuk gambar besar




         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: