16 June 2020

AMMAR DRAMA BAND TERPAKSA NIAGA MAKANAN GARA-GARA PKP


"Saya terkesan apabila aktiviti seni dan perniagaan di The Stage terpaksa ditutup. Tetapi, saya tidak boleh duduk diam, sebaliknya ligat memikirkan cara menjana pendapatan, apatah lagi isteri turut mengambil cuti tanpa gaji yang ditawarkan syarikat penerbangan tempatnya berkhidmat.





"Jadi selepas memikirkan sebaiknya, saya buat keputusan menyediakan makanan barat di rumah. Saya memasak dengan dibantu isteri dan keluarganya. Kami menyediakan khidmat penghantaran ke rumah. Alhamdulillah, tidak sangka pula sambutan yang diterima sungguh menggalakkan hingga berjaya menampung perbelanjaan raya," ujar pemain gitar Drama Band, Ammar Habir dipetik sebagai berkata. Untuk makluman, sebelum PKP Ammar terlalu sibuk menguruskan kedai makan, manakala isteri pula sibuk dengan tugasnya sebagai pramugari. Justeru, mereka sukar mencari masa untuk pulang ke kampung.

Seterusnya apabila dia terkandas di rumah keluarga isterinya di Johor Bahru selama tiga bulan, dia terpaksa menggunakan skil memasak bagi menjana pendapatan buat keluarga.

"Walaupun negara kita dilanda COVID-19, takkanlah saya hendak duduk menonton berita sahaja. Saya perlu memikirkan alternatif lain untuk menyara keluarga. Jujurnya, banyak benda yang boleh dilakukan secara atas talian untuk jana pendapatan," tambahnya.

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: