16 June 2020

RAZRUL: "KAMI SENTIASA BAIK-BAIK SAHAJA" - INTAN: "DARIPADA CAKAP BUKAN-BUKAN, LEBIH BAIK BAIKI DIRI"


Selepas pelakon Intan Najuwa memuatnaik sekeping gambar di mana dia telah bersandar di bahu separuh badan seorang lelaki dipercayai bekas tunangnya seorang ahli perniagaan iaitu Razrul, entri itu nyata membuatkan para peminat mula membuat spekulasi bahawa pasangan yang dikatakan sudah membawa haluan masing-masing itu kini kasih mereka sudah kembali bertaut.





Meskipun berjaya melawan perbezaan umur sebanyak 16 tahun dan bertunang namun jalinan tersebut dikhabarkan telah putus di tengah jalan. Walaupun Intan sendiri mengesahkan bahawa mereka sudah putus tunang pada Februari lepas dengan alasan tiada jodoh dan persefahaman lagi.

Tapi Razrul ketika dihubungi semalam seakan-akan memberi gambaran bahawa hubungan dia dengan Intan tidak pernah putus dan sentiasa baik sahaja: "Kami sentiasa baik-baik sahaja. Terima kasih," jawab Razrul secara ringkas menerusi aplikasi WhatsApp.

Bagaimanapun, usaha untuk mendapatkan pengesahan dan kenyataan daripada pelakon yang mula dikenali menerusi drama 'Kekasih Paksa Rela' itu gagal apabila aktres berkenaan tidak membalas mesej. Intan sehingga kini masih tidak lagi memberikan kenyataan rasmi mengenai perkara ini dan mengambil langkah mendiamkan diri selepas diajukan soalan sama ada dia dan Razrul sudah kembali bersama.

Klik untuk gambar besar


Pada 26 Februari lalu, Intan mendedahkan ikatan pertunangannya dengan Razrul sudah berakhir. Menurut Intan, dia menganggap tiada jodoh antara mereka dan keputusan itu dibuat selepas perbincangan dilakukan kedua-dua belah pihak.

Untuk makluman, Intan atau nama sebenarnya Intan Najuwa Abdul Wahid, 23, dan Razrul, 38, mengikat tali pertunangan pada 18 Ogos tahun lalu di Hotel Thistle, Johor Bahru sempena ulang tahun kelahiran aktres itu yang ke-22.

Rata-rata peminat nampaknya meluahkan rasa gembira jika benar pasangan itu sudah kembali bersama dan mendoakan kebahagiaan mereka. Pun begitu, ada juga segelintir pihak yang menunding jari kepada Intan dan mengatakan bahawa dia kembali bercinta dengan Razrul hanya kerana sudah tiada sumber pendapatan kerana kekangan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).



Enggan melatah dengan tuduhan tersebut, Intan bersyukur walaupun tidak mempunyai sebarang penggambaran sepanjang PKP namun dia masih mampu menghulurkan bantuan kepada keluarga dan ibu tunggal yang terjejas. Pelakon wanita itu turut meminta individu yang membuat tuduhan tidak berasas itu supaya memperbaiki diri.

"Walaupun tak ada penggambaran masa PKP, Alhamdulillah saya dapat juga tolong berpuluh-puluh keluarga yang putus makanan dan ibu tunggal. Tolong tag siapa yang kenal dia. Daripada cakap bukan-bukan, lebih baik memperbaiki diri jadi orang berguna sikit. Malu la perempuan mulut kecoh macam ni," ujarnya.

Apa-apa pun, sama-sama kita nantikan berita rasmi daripada Intan sendiri.




www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara, mStar & Instagram Intan Najuwa


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: