16 June 2020

LEPAS KISAH RUMAH TANGGA - TIMBUL DAKWAAN LAUDYA NAK JUAL RUMAH RM3.6 JUTA KERANA MUFLIS?


Kisah rumah tangga pelakon Indonesia Laudya Cynthia Bella dan suaminya, Engku Emran sebelum ini hangat diperkatakan bukan sahaja di Malaysia bahkan juga di Indonesia. Selepas tidak memuatnaik lagi gambar suaminya, Engku Emran di laman media sosial, ramai yang menebak sepertinya rumah tangga pasangan ini sedang berantakan.





Tak cukup dengan itu, khabar angin lain pula mengatakan bahawa Laudya Cynthia Bella dan Engku Emran sudah pun tidak tinggal sebumbung. Terbaru, Laudya dikatakan sedang dalam proses untuk menjual kediaman yang bertempat di Jakarta Selatan. Dikatakan bahawa keputusan berat itu terpaksa dibuat kerana dia sudah muflis.

Jiran tetangga di kawasan tersebut juga menyatakan bahawa mereka sudah beberapa kali melihat beberapa orang calon pembeli yang datang untuk meninjau rumah kediaman pasangan tersebut. Walaupun harganya mencapai nilai RM3.6 juta, namun ramai yang melahirkan rasa minat untuk memiliki rumah itu.

Klik untuk gambar besar


"Kelmarin saya dengar anak Presiden Indonesia, Pak Joko Widodo... tapi tak jadi, halamannya kecil," kata Titi Hayati menerusi Youtube Indosiar.

Apabila soalan mengenai khabar angin yang mengatakan bahawa pasangan itu sudah muflis ditanyakan kepada salah seorang individu yang melakukan pengubahsuaian pada rumah itu, dia enggan memberikan jawapan yang pasti: "Kalau fasal dia bankrap itu saya kurang tahu," katanya yang hanya mengikut arahan memperbaiki kediaman tersebut.

Nampaknya semakin hari, semakin kuat khabar angin yang bertiup mengenai Laudya dan Emran. Apa-apa pun, kita doakan sahaja baik-baik untuk pasangan.








www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara & mStar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: