16 June 2020

PENGARAH 'ADA APA DENGAN DOSA' NAFI PLAGIAT: "SAYA TAK KENAL & TAK TAHU SIAPA..."


"Saya kecewa dan sedih apabila ada pihak yang mendakwa mereka pemilik idea asal filem ini. Sedangkan saya sendiri yang memikirkan jalan cerita dan menulis skrip filem ini sampai 13 kali draf bersama Rudy Imran dan kumpulan saya.





"Kawan-kawan rapat saya tahu saya nak buat cerita ini selepas balik dari Iceland pada tahun 2017. Sebab itulah adanya nama Aurora sebagai watak utama dalam filem ini," demikian tegas pengarah filem 'Ada Apa Dengan Dosa', Rahila Ali yang menafikan dakwaan bahawa dia telah memplagiat idea asal individu lain.

Jelas Rahila, idea untuk menghasilkan 'Ada Apa Dengan Dosa' tercetus setahun sebelum penggambaran filem itu dimulakan. Rahila bagaimanapun tidak menyangka hingga ada pihak yang mengaku menulis skrip hingga memberitahu akan ada kesinambungan filem ini sedangkan kami sendiri pun belum putuskan apa-apa lagi.

"Sebelum ini ada yang maklumkan mengenai perkara ini (claim) tetapi saya bersangka baik, anggap ia sekadar satu apresiasi dan sebahagian daripada promosi. Saya tak mahu memburukkan mana-mana pihak memandangkan latar belakang keluarganya pun baik-baik.

Klik untuk gambar besar


"Jadi, saya membalasnya dengan ucapan terima kasih. Jujur saya tak kenal dan tak tahu siapa individu itu. Kurang moleklah untuk 'claim' idea asal filem ini dia punya sebab memang faktanya itu hak saya. Kalau betul idea asal milik dia, buktikan. Tiada apa yang saya perlu takutkan.

"Cerita ini mungkin kebetulan sama sebab isu ini pernah berlaku sehingga sekarang tanpa kita sedar. Isu idea asal ini subjektif, sesiapa saja boleh 'claim'. Tapi dia tak buat skrip dengan pasukan kami," tambahnya.

Bagaimanapun, Rahila terbuka untuk bersemuka dengan individu tersebut sekiranya perlu. Hal yang sama diluahkan oleh penerbit filem Ada Apa Dengan Dosa, Datuk Ayu Puteh: "Saya sendiri brainstorm idea filem ini bersama pengarah dan Rudy Imran. Ini orang dari mana pula?" kata Ayu.

Terdahulu, ada pihak yang tampil mendakwa idea asal filem 'Ada Apa Dengan Dosa' diilhamkan daripadanya. Malah, individu tersebut turut mengakui naskhah itu sedang diusahaka untuk kesinambungan kedua tidak lama lagi.




www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: