16 June 2020

HANEESYA MAAFKAN SEMUA ORANG, DIRI SENDIRI: "SAYA BERSIHKAN HATI DARIPADA SEMUA KEBENCIAN"


Menerusi satu entri yang dimuatnaik di laman Instagram, pelakon Haneesya Hanee yang sebelum ini dihimpit pelbagai kontroversi pada tahun lalu itu akhirnya tampil dengan semangat baharu apabila dia mula memaafkan diri sendiri serta mereka yang pernah menyakitinya sebelum ini. Haneesya atau nama sebenarnya Sharifah Haneesya Sayed Sahlan, 20, berkata dia tidak lagi berdendam dengan sesiapa.





"Assalamualaikum... Saya nak jadikan hari ini sebagai sesuatu untuk diingati. Saya maafkan semua orang yang pernah menyakiti saya. Saya maafkan orang yang pernah tularkan saya, hina saya, kutuk saya dan yang paling penting sekali saya maafkan diri saya sendiri," katanya.

Tambahnya Haneesya, tiada lagi rasa benci dengan diri sendiri atas apa yang terjadi kepadanya sebelum ini. Bekas juara Dewi Remaja 2018/2019 ini mahu memulakan perjalanan baru dalam hidupnya: "Saya tak lagi rasa benci pada diri sendiri. Saya nak mulakan episod baharu dalam hidup.

Klik untuk gambar besar


"Jadi, saya bersihkan hati daripada semua kebencian ini dan memutuskan untuk memaafkan semua orang. Semoga masa hadapan saya bersinar dengan lebih terang berbanding dulu... InsyaAllah," tulis Haneesya yang sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi apabila video dia sedang berparti di kelab malam tersebar sehingga kemenangannya sebagai juara program Dewi Remaja 2018/2019 ditarik balik.

Ibu kepada Haneesya, Nor Sakuraneeda juga pernah membuat laporan polis terhadap tiga akaun laman sosial yang menghantar mesej berbaur ugutan serta menggunakan foto aktres itu tanpa izin dengan niat untuk mengaibkan serta menghina tempat tinggal mereka. Selepas kontroversi berkenaan, Haneesya diundi sebagai Artis Baharu Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32 (ABPBH32) pada 22 September 2019.




www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Haneesya Hanee


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: