30 June 2020

BABY LELAKI - PENGURUS FAZURA PECAH LUBANG?


Meskipun Fazura dan Fattah Amin masih merahsiakan jantina anak mereka dan hanya akan diumumkan apabila tiba waktunya, namun status di Instagram pengurus Fazura iaitu Iman Tang seolah memberi hint bahawa pasangan itu bakal menimang 'cahaya mata lelaki' apabila memaklumkan sudah ‘booking’ anak pasangan itu untuk menjadi penyokong kelab bola sepak Liverpool.

"Syukur Alhamdulillah Mommy and baby sihat walafiat, dan selepas diskusi dengan mommy @missfazura semalam kita berjaya “convinced and signed” soon to be born Baby to be a supporter for Liverpool FC.. Hooray!! Sebelum Daddy dia @fattahaminz minta dia support for Man Utd., kita awal2 hijack dulu.. hehe," demikian kongsi Iman Tang di IGnya.





Namun selepas ramai yang mengucapkan tanhiah dan mendoakan bakal 'baby lelaki' Fazura itu, Iman Tang kemudiannya tampil membetulkan keadaan.

"Ramai yang telefon dan bertanya betul ke Fazura akan dapat baby boy? Lagi-lagi bila saya masukkan dua nama pasukan bola sepak gergasi Eropah kata dalam tu kan?

Klik untuk gambar besar


"Sebenarnya saya dah ‘booking’ baby Faz untuk jadi penyokong Liverpool tak kiralah dia lelaki atau perempuan.

"Fazura dan Fattah sendiri belum tahu jantina bayi mereka sebab bulan depan baru mereka akan buat check-up untuk tujuan tersebut," ujar Iman dipetik sebagai berkata seolah mahu 'cover' semula apa yang dikongsikannya itu.

Yalah... penyokong Liverpool bukan semua lelaki je kan, perempuan pun ada! Heh.

         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: