06 June 2020
BILA NORMAN HAKIM BUAT 'BARZAKH CHALLENGE': "TRY & FEEL, MEMANG MENGINSAFKAN..."
Menerusi satu entri yang dimuatnaik di laman Instagram, pelakon dan pengacara Norman Hakim telah membuat cabaran #BarzakhChallenge. Menurut Norman, cabaran tersebut lebih baik dilakukan berbanding #LathiChallenge kerana boleh menimbulkan rasa insaf seolah-olah berhadapan dengan saat kematian.
"Ini bukan #LathiChallenge. Ini #BarzakhChallenge namanya. Suka tak suka, semua orang akan lalui terutama orang Islam dengan kaedah macam ni. Kalau saja nak 'try dan feel' #BarzakhChallenge ni, Insha Allah senang je. Saya dah try, Ma Shaa Allah memang menginsafkan terutama orang yang banyak dosa macam saya ni.
"Barang-barang yang diperlukan untuk #BarzakhChallenge ni agak ringkas sikit dari #LathiChallange. Yang bestnya boleh simpan terus. Andai diperlukan bila betul-betul 'sampai masa' nanti benda dah ada. Jadi ini dia barang-barang persiapan untuk #BarzakhChallenge.
"Cari dan potong kain putih, ukuran panjang ikut tinggi tubuh badan masing-masing dan lebihkan 1 kaki 6 inci di kedua-dua hujung kepala dan kaki. Kain putih yang wajib hanya selapis sahaja. Tetapi lebih utama jika 3 lapis bagi lelaki dan 5 lapis bagi perempuan
Klik untuk gambar besar
"Untuk lelaki di sunatkan membuat baju (tidak berjahit) dan serban. Sementara bagi perempuan dipakaikan telekung (tidak berjahit). Koyakkan di tepi kain selebar 14 inci untuk digunakan sebagai tali pengikat sebanyak 5 utas tali. Kapas pun kena ada dan nak bagi lagi 'feel', sediakan kapur barus secukup rasa aroma dan baunya.
"Senang sikitkan dari #LathiChallenge? Lepas dah mintak tolong orang pakaikan, bukak apps Surah Yaasin, pastu pejam je mata diam-diam dan 'feel' the moment dari mula-mula kita lahir sampai la kita berbaring ni. Mudah je, tak payah nak menari-menari bagai lepas tu buat muka menakutkan. Yang atas ni pun, takyah buat muka. Saya tengok balik pun saya dah seram," kongsinya.
Tambah Norman lagi dia tidak mempunyai apa-apa tujuan tertentu sebaliknya ingin berkongsi perkara-perkara yang baik dan boleh mendatangkan faedah: "Saja nak share, pada 19 Disember 1111 Hijrah, periwayat hadis kita Imam Al-Ghazali, Allah tarik nyawa dengan cara macam ni. Dia kafankan diri dia sendiri, posisikan diri dia pada arah kiblat dan Allah terus tarik nyawa dia sebab dia dah tahu saat ajal dia nak tiba," coretnya.
Terdahulu, #LathiChallenge sebelum ini menjadi tular kerana keunikan lagunya selain penggunaan pakaian tradisional. Namun cabaran itu kemudiannya menjadi perbualan hangat kerana solekan dan lagu yang digunakan dikatakan bersamaan dengan pemujaan syaitan.
www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Norman Hakim
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment