06 June 2020

ALISA AISYAH RAIH SEJUTA PENGIKUT IG DIUSIA SETAHUN - HANIS & HAIRUL SAMBUT ANNIVERSARY KE-5


Anak-anak kepada pasangan selebriti popular Hanis Zalikha dan Hairul Azreen iaitu Yusof Iskandar dan Alisa Aisyah antara yang menjadi perhatian ramai dalam ramai-ramai anak selebriti. Ramai yang geram melihat telatah anak kedua pasangan itu yang sememangnya comel dan bijak.





Baru sahaja menyambut ulang tahun pertama pada 24 Mei lalu, semalam akaun Instagram Alisa sudah pun mencecah seramai satu juta pengikut. Menerusi posting terbaru di Instagram, turut dimuat naik wajah comel Alisa beserta kapsyen 'Hi & terima kasih' buat mereka yang mengikuti akaun Instagram kanak-kanak itu.

Diruangan komen, rata-rata netizen mengucapkan tahniah dan memuji kecomelan Alisa. Hasil tinjauan mendapati, Alisa juga turut mempunyai peminat daripada negara seberang. Melihat pada ruangan komen, ramai yang turut teruja kerana baru sahaja berusia setahun tetapi sudah memiliki sejuta pengikut.

Sementara itu, Hanis dan Hairul telah menyambut ulang tahun perkahwinan yang kelima semalam. Lebih manis lagi masing-masing mengabadikan kenangan menerusi posting terbaru di akaun Instagram dengan memuatnaik foto perkahwinan mereka beserta ucapan sweet.

Klik untuk gambar besar


Menerusi posting tersebut Hanis dan Hairul memanjatkan kesyukuran kepada Tuhan atas kebahagiaan yang dikurniakan kepada mereka: "Allah izinkan perkahwinan ini masuk tahun kelima. Allah izinkan kita setiap hari makin jatuh cinta. Semoga terus menerus di dalam lindunganNya ♥️," kata Hanis.

"Happy anniversary yang ke-5. Alhamdulilah 5 tahun kita bersama, terima kasih sentiasa sayangkan I, terima kasih terima I seadanya, terima kasih melahirkan anak2, terima kasih jadi partner business I, terima kasih utk segala-galanya dgn izin Allah, maaf kalau ada salah silap I, I tak sempurna tetapi I sentiasa cuba buat yang terbaik utk menjaga keluarga kita, I Love you so much @haniszalikha 5 / 6 / 2015 #insyaAllahThankYou," tulis Hairul pula.

Dalam pada itu menerusi ruangan komen rakan selebriti juga tidak ketinggalan memberikan ucapan kepada pasangan ini. Antaranya Fazura, Fify Azmi, Daiyya Trisha, Yasmin Hani dan Daphnie Iking. Untuk makluman, Hanis dan Hairul berkahwin pada 5 Jun 2015 dan dikurniakan sepasang cahaya mata, Yusuf Iskandar dan Alisa Aisyah.










www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya, Astro Gempak, Instagram Alisa Aisyah, Hanis Zalikha & Hairul Azreen


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: