06 June 2020
TAK CARI LELAKI KAYA - BALKISYH MAHU JODOH BAGI KEBAHAGIAAN PADANYA & ANAK-ANAK
"Walaupon kami seorang ibu tunggal, ada rupa, ada nama tp kami tak da rasa nak cari lelaki yg senang.. ckoplaa org tu boleh bg kebahagiaan pd kami dan anak2 kami.. sapa tak nak hidup senang kan.. mmg hdup kami tak sesenang orang lain.. tp bg kami duit tu kita boleh usaha cari..
"Mmg ada juga kenalan rapat yg suruh kami pilih jaa lelaki yg senang spy kehidupan kami lebih terjamin.. tp kami sedar asal usul kami dan kami tak nak menumpang kesenangan org lain.. biarlaa kami hidup sederhana dan berusaha sendri utk berjaya.. pada yang janji bulan, bintang dan mencuba tu kami mintak maaf yaa ....
"Terima kasih ampa semua yg sentiasa menyokong kami...," tulis pelakon Balkiysh Semundur Khan yang terkenal dengan watak dalam telemovie Mak Cun itu menerusi laman Instagram miliknya yang mengakui tidak mencari lelaki kaya dan punya banyak harta untuk menjadi pasangan hidupnya.
Klik untuk gambar besar
Apa yang penting baginya kini, hanya kebahagiaan anak-anak yang dititikberatkan dan berharap bakal suaminya dapat memberi kasih sayang dan ikhlas terhadap anak-anak dan juga dirinya. Dia yang berkongsi luahan hati di laman instagram miliknya itu turut menjelaskan bahawa dia tidak mahu ‘menumpang’ kesenangan orang lain kerana semua itu boleh diusahakannya sendiri.
Dia yang kini bergelar ibu tunggal mengakui ada di kalangan rakan-rakan menyuruhnya mencari lelaki kaya supaya hidup lebih terjamin. Namun baginya, biarlah segala kesenangan itu diusahakan sendiri dan lebih gemar hidup bersederhana.
Posting berkenaan telah memberi inspirasi kepada peminat yang mengikuti perkembangan pelakon ini di media sosial. Semoga Balkiysh sentiasa tabah menghadapi liku-liku dan cabaran kehidupan pada masa akan datang.
www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara & Instagram Balkisyh Semundur Khan
________________________
Labels:
Berita sana sini,
Gambar sana sini
No comments:
Post a Comment