06 June 2020

"SUBHANALLAH... PERMAISURI SANGAT MERENDAH DIRI" - AZNIL MENGGIGIL, MENANGIS TUNKU AZIZAH MINTA TELEFON


"Subhanallah... itu adalah permaisuri ya, bagaimana merendah dirinya seorang permaisuri, sedangkan kita rakyat biasa rasa diri kita sangat tinggi. Ini seorang permaisuri merendah diri... ini air mata keinsafan sebenarnya, syukur Subhanallah!





"Ya Allah kau menganugerahkan seorang permaisuri berhati waja dan berjiwa rakyat. Ampun tuanku patik menjunjung kasih," demikian kata pengacara terkenal, Datuk Aznil Hj Nawawi yang terharu dan menitiskan air mata apabila dapat berhubung secara peribadi dengan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menerusi panggilan telefon, baru-baru ini.

Menurut Aznil atau lebih mesra disapa Paknil, dia mengagumi sikap merendah diri yang ditunjukkan oleh Tunku Azizah sepanjang perbualan mereka itu. Paknil berkongsi momen cukup bermakna itu menerusi laman Facebook miliknya, baru-baru ini. Bekas pengacara program realiti Akademi Fantasia ini memaklumkan tujuannya menghubungi Tunku Azizah bagi mendapat perkenan projek lagu baharu mengenai buli siber.

Klik untuk gambar besar


Paknil berkata dia sudah menghantar surat rasmi ke istana dan mengirim mesej peribadi kepada baginda di laman sosial, namun Tunku Azizah memberikan nombor peribadi untuk dihubungi: "Paknil ada mesej Tunku Permaisuri tapi minta ampun sebab cara Paknil macam tak betul mesej sahaja, sebelum ini pernah mesej tapi fasal makanan.

"Sebabkan ada tugas, jadi Paknil hantar surat kepada istana tapi takut Tunku terperanjat dan tanya kenapa tak beritahu dulu, jadi Paknil mesej dan selepas itu Tunku minta call. Menggigil Paknil apabila Tunku Permaisuri minta telefon terus. Sangat berdebar!," ujarnya.

Video yang dikongsi Paknil itu menerima lebih 40,000 tontonan di laman Facebook. Rata-rata pengikut memuji sikap merendah diri Tunku Azizah seperti didengari dalam rakaman perbualan tersebut.




www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Datuk Aznil Hj Nawawi


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: