22 June 2020

BILA JIHAN SAMAKAN WAJAH 'WANITA' RAMLI MS DENGAN HELEP YAP: "KAU MEMANG B***"


Sejak kebelakangan ini, ramai artis kita menggunakan aplikasi FaceApp bagi menukarkan wajah mereka menjadi lelaki mahupun wanita. Tidak ketinggalan, pengarah muzik terkenal Datuk Ramli MS turut mencuri tumpuan ramai apabila wajahnya bertukar wanita itu dikatakan mirip penulis lirik Helen Yap. Menerusi laman sosial Instagram, foto wanita tersebut dikongsi oleh pengacara Jihan Muse untuk tontonan umum.





"Bergambar kenangan dengan kak Helen Yap," tulis Jihan ringkas pada foto bersama Tok Ram. Tok Ram kelihatan muda dengan tahi lalat tetap di pipi dan rambut paras bahu di dalam foto yang diambil semasa program Gegar Vaganza tahun lalu.

Apa yang lebih menghiburkan adalah foto tersebut turut mendapat perhatian tuan empunya badan: "Kau memang b***. Kang aku tepek gambar gigi rupa nyah nak?" balas Tok Ram di ruangan komen. Malah, Helen Yap turut meninggalkan komen pada foto tersebut: "Kakakaka, mampus. Tok Ram marah nanti," tulisnya.

Klik untuk gambar besar


Bukan sahaja mereka berdua, rata-rata wargamaya turut sama terhibur dengan wajah jelita Tok Ram: "Tok Ram cantik la, kulit flawless," puji seorang wargamaya. - "Allahu Tok Ram buat rebonding ke tu?" tanya seorang wargamaya. - "Dah tua tak sedar diri Ramli pun,” usik seorang wargamaya. - "Keliru saya ni, macam bini Akim, si Stacy pun ada ni," kata seorang wargamaya.

Sehingga kini, foto tersebut telah menerima hampir 53,000 tanda suka daripada warga Instagram.






www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Jihan Muse, Helen Yap & Ramli MS


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: