22 June 2020

BILA YOE PAREY BERGAYA DENGAN RAMBUT 'AVATAR'


Macam-macam hal! Demikianlah dengan bintang YouTube iaitu Yoe Parey apabila dia sekali lagi mencuri tumpuan warga maya dengan gaya rambut terbarunya yang dilihat unik dan melucukan. Hasil guntingan yang diterimanya itu, gaya rambut Yoe itu mirip kepada karakter kartun 'Avatar: The Last Airbender' dikenali sebagai Aang.





Gambar berkenaan memaparkan gelagat Yoe sedang mendapatkan khidmat guntingan rambut.: "Kalau dapat gunting free macam nilah jadinya. Ikut dialah nak buat macam mana pun, kita nak tahan je." kata menerusi satu posting terbaru yang dimuatnaik di laman Instagramnya.

Pada yang tidak kenal, watak Aang cukup popular dengan gaya rambut botak manakala terdapat lukisan tanda anak panah menghala ke dahi. Menjengah ke ruang komen, rata-ratanya terhibur dengan gelagat bintang 'Syif Malam Raya' itu. Namun, tidak kurang juga bersimpati dengan nasib menimpa 'YouTuber' itu.

Klik untuk gambar besar





www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Yoe Parey


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: