22 June 2020

"MINTAK HAURA DOAKAN MOMMY MASUK SYURGA KALAU MOM DAH TAK ADA LAGI" - LUFYA



"Haura meets Aunty Ija @nurhelizahelmi. Happy die nak bergambar dengan bff mommy ni. Nanti dah besar jadi kuat, cantek dan solehah macam aunty ija k sayang. Bawak mummy gi Makkah, belajar agama, jaga mummy kalau mom dah tua. Mummy mintak Haura doakan mommy masuk syurga kalau mom dah tak ada lagi. Haura kalau baca ni Haura ingat ya walau macamana pun baik buruk parents Haura tetaplah doakan kami.




"Jadi anak yang baik dan berjasa kepada orang tua. Hidup berkat dan di bawah lindungan Allah sbt. Semoga Laana Haura kuat menjalani kehidupan di dunia ini dengan kejayaan dunia & akhirat. Aamin. Salam subuh kepada semua followers yang di kasihi," tulis pelakon Lufya Omar menerusi muatnaik di laman Instagram miliknya.

Lufya berkesempatan bertemu dengan sahabat baiknya, Nur Heliza Helmi yang juga seorang penyanyi dan aktivis kemanusiaan baru-baru ini. Mahu mengabadikan memori bersama, anak Lufya iaitu Laana Haura turut merakam foto bersama Heliza. Malah, Lufya turut menitip pesanan buat anaknya yang kini berusia dua tahun.

Klik untuk gambar besar

Menerusi ruangan komen, Heliza turut memberikan respon: "Aamiin.. Mommy Haura ni Masyallah! Very strong woman! Masyallah. Moga Allah kurniakanmu bahagia dunia dan akhirat," balasnya.

Sementara itu, peminat turut memuji kecomelan Haura dan turut mendoakan hubungan anak beranak ini. Terdahulu, rumah tangga Lufy pernah menjadi bualan berikutan konflik. Lufya dan suami, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum diijabkabulkan pada 26 November 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Laana Haura,dua tahun.




www.myartis.com / Sumber: Media Hiburan & Instagram Lufya Omar


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: