22 June 2020

MAHU ELAK FITNAH - AZLEE KHAIRI AKUI BUKAN SUAMI ORANG LAGI



Sebelum ini, ada desas-desus mengatakan rumah tangga pelakon Azlee Khairi sudah berantakan dan ia mula tersebar di telinga netizen selepas dia kelihatan mesra dengan pelakon gandingan, Zara Zya namun perkara itu dinafikan olehnya. Tidak mahu lagi berahsia, Azlee akhirnya tampil menyatakan status diri bahawa dia kini bukan lagi suami orang supaya dapat mengelakkan fitnah dan salah sangka.



Bagaimanapun, Azlee enggan memperincikan punca perceraian dengan bekas isteri: "Saya fikir soal status diri perlu dijelaskan kerana tidak mahu mengundang fitnah dan salah sangka. Cuma saya tidak mahu mengulas lanjut persoalan bila saya berpisah dengan bekas isteri," katanya.

Awal tahun ini, ketika sama-sama membintangi drama 'Seadanya Aku' yang disiarkan melalui slot Akasia TV3, Azlee dikaitkan dengan Zara. Azlee kemudian dikaitkan pula dengan ahli perniagaan dan pengasas produk kosmetik dikenali sebagai Aniss.

Mengulas mengenai wanita itu, Azlee mengaku mengenalinya sejak hampir setahun lalu: "Kami masih dalam fasa awal perkenalan iaitu mengenali hati budi. Masih terlalu awal untuk meneka pengakhirannya. Saya tidak selesa berkongsi lebih-lebih lagi hal peribadi. Tetapi tidaklah bermaksud hendak berselindung. Aniss faham cara saya. Itu membuatkan saya selesa dengannya," jelasnya.

Azlee mencipta nama melalui drama adaptasi novel 'Love You Mr Arrogant' pada 2013 yang dibintangi bersama Zara. Ketika namanya di puncak populariti, Azlee bertemu jodoh dengan wanita pilihan kelahiran Brunei, Dayang Norlelawati Puteh, 36. Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 2014 dan Azlee kemudian menetap di Brunei. November lalu, Azlee kembali aktif dengan membintangi drama 'Seadanya Aku'.


www.myartis.com / Sumber: Berita Harian


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: