22 June 2020

CIK MANGGIS KENANG KISAH DULU: "SEKOLAH RENDAH ORANG PANGGIL JALAK, MENENGAH PANGGIL ALI"



Anggota kumpulan De Fam, Cik Manggis baru-baru ini menerusi laman Instagram telah mengenang kembali kisah zaman persekolahan. Manggis berkongsi coretannya menerusi posting di akaun Instagram baru-baru ini. Menurut Manggis, dia penah ditinggalkan kekasih kerana perwatakkannya yang kasar.




Bagaimanapun kata Manggis pengalaman itu membuatkannya sedar dan mula menjaga penampilan diri. Entri itu juga disertakan dengan foto perbezaan dirinya yang dahulu dengan sekarang: "Sekolah rendah orang panggil Jalak. Sekolah menengah orang panggil Ali. Dulu pernah cinta monyet tapi kena tinggai sebab katanya kita tak macam perempuan (tambahan tak cukup cantik)," tulisnya.

Dalam pada itu Manggis juga turut menasihatkan supaya sentiasa yakin diri dan menjaga penampilan: "Pedulikan kata orang, kita kena percaya yang kita ni cantik sebab memang semua manusia dijadikan cantik dan kacak.

"Bezanya rajin dan malas je nak jaga diri... Rupa, perwatakan dan warna kulit tidak penting. Yang penting punya peribadi dan hati yang baik. Sentiasalah jaga kebersihan diri sebab orang yang bersih ni automatik kacak," kongsi Cik Manggis yang sebelum ini mendapat perhatian selepas melakukan 'Barbie Challenge'.

Klik untuk gambar besar




www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak


         ________________________

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...


No comments: